HARIZ HAMDAN, JEJAKA BERBAKAT BESAR MESTI KENALI
HARIZ HAMDAN MERUPAKAN PELAKON BAHARU YANG MAKIN DIKENALI DEK BAKAT LAKONANNYA. SELAIN BERGELAR PELAKON, HARIZ HAMDAN TURUT DIKENALI DENGAN INDIVIDU YANG MEMILIKI GAYA HIDUP AKTIF. HARIZ MAKIN DIKENALI SELEPAS BERLAKON SIRI ‘X-CHANGE’.
BOLEHKAN HARIZ KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN KE DALAM INDUSTRI LAKONAN DAN HIBURAN? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA HARIZ UNTUK BERMULA?
Apa yang membuatkan saya mula menceburi industri lakonan dan hiburan ialah saya bermula dengan menyertai pencarian Hero Remaja. Apa yang memberi inspirasi kepada saya untuk bermula ialah saya suka mencuba perkara baru dalam hidup. Saya tidak pernah menyangka saya boleh menjadi seorang pelakon semasa kecil tetapi sekarang, kerana saya bersedia untuk mencuba benda baharu, saya rasa dan berfikir itulah menjadikan saya siapa sekarang.
BAGAIMANAKAH HARIZ MENYATAKAN GAYA PERIBADI? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI SEMASA KE SEMASA?
I used to like ‘manly uberman’ kind of look. Tetapi seiring berjalannya waktu saya menerima semua janis stail. Saya rasa sekarang saya lebih suka jenis longgar dan baggy.
APAKAH STRATEGI YANG HARIZ GUNAKAN UNTUK MENGEKALKAN KEASLIAN DAN MEMBINA KEPERCAYAAN DENGAN PENGIKUT ATAU PEMINAT HARIZ?
Saya cuba untuk menjadi setulen mungkin. Saya fikir, menjadi diri saya sendiri akan membuatkan pengikut saya mempercayai saya.
BAGAIMANAKAH HARIZ SENTIASA UPDATE DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?
Tak tahu HAHAHA Tetapi kebanyakannya adalah dari media sosial seperti Instagram dan TikTok. Saya kebanyakannya mengikuti ramai orang fesyen dan blog fesyen dan itulah yang memberi inspirasi kepada saya.
ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TREND ATAU GAYA TERTENTU YANG HARIZ TERUJA ATAU FIKIRKAN AKAN MENJADI TRENDY MUSIM INI?
Saya rasa trend ‘old money’ yang menjadi trend sekarang di media sosial adalah sesuatu yang saya fikir akan kekal selama-lamanya kerana ia timeless, elegan dan matang.
APAKAH BEBERAPA CABARAN YANG HARIZ HADAPI SEBAGAI PELAKON DAN CONTENT CREATOR, DANA BAGAIMANAKAH HARIZ MENGATASINYA?
Cabaran terbesar saya ia berhadapan dengan ‘haters’. Apa yang saya lakukan untuk mengatasi mereka mungkin hanya dengan mengabaikan mereka kerana saya rasa banyak lagi perkara yang perlu saya fokuskan lebih dalam hidup.
APAKAH NASIHAT YANG AKAN HARIZ BERIKAN KEPADA ARTIS-ARTIS BAHARU ATAU PEMPENGARUH BAHARU YANG INGIN MENGEMBANGKAN KEHADIRAN DAN PENGARUH MEREKA?
Nasihat saya adalah untuk menjadi setulen yang mungkin. Orang boleh merasakan personaliti yang palsu jadi jadilah diri sendiri. Be yourself.
APAKAH MATLAMAT DAN ASPIRASI HARIZ UNTUK MEMPENGARUHI KERJAYA ANDA PASA MASA AKAN DATANG?
Matlamat saya adalah untuk membawa kepositifan kepada orang ramai kerana saya suka menyebarkan positiviti. Apa yang membuatkan saya ingin menyebarkan kepositifan adalah kerana saya memahami betapa penatnya kehidupan. Kadang-kadang saya rasa ingin membawa sinar matahari kepada orang yang mengambil berat seperti peminat saya.
Artikel berkaitan: AFGAN IS GLAM LELAKI OCTOBER’S COVER STAR!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.











