HARRISON FORD TERCEDERA KETIKA MELAKONKAN BABAK AKSI INDIANA JONES 5
Pelakon Harrison Ford mengalami kecederaan di bahu ketika melakukan raptai untuk babak pergaduhan dalam filem akan datang, Indiana Jones 5.
“Ford tercedera ketika melakonkan satu babak aksi. Produksi akan diteruskan sementara proses rawatan dikenal pasti, dan jadul penggambaran akan disusun semula dalam beberapa minggu akan datang,” jelas Disney dalam satu kenyataan. Tahap kecederaan yang dialami bagaimana pun tidak diketahui.
Ford yang kini berusia 78 tahun bakal menghidupkan kembali peranan ikoniknya sebagai pakar arkeologi selepas 14 tahun pengembaraannya terhenti menerusi siri terakhir filem itu, Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull pada 2008.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERKEMBANGAN SAM NEILL SELEPAS DISAHKAN MENGHIDAP BARAH TAHAP 3
Selepas didiagnos menghidap kanser darah tahap tiga, bintang Jurassic Park Sam Neill berkongsi pandangan tentang jangka hayat hidupnya.
MICHAEL B. JORDAN MENERIMA PENGIKTIRAFAN HOLLYWOOD WALK OF FAME
Michael B. Jordan melakar sejarah apabila dikurnia bintang Hollywood Walk of Fame menjelang tayangan filem arahan pertamanya, Creed III.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
CINTA SHAWN MENDES BERALIH ARAH KEPADA WANITA MUDA
Shawn Mendes dirakam meluangkan masa dengan aktres berumur 23 tahun tidak lama selepas berita percintaannya dengan wanita berusia lima dekad menjadi tular.
NABIL JEFFRI & RAYSHA RIZROSE DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI
Dua bulan mengikat tali pertunangan, pelumba kereta F2, Nabil Jeffri selamat bergelar suami kepada pelakon jelita Raysha Rizrose dengan sekali lafaz.
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.