Skip to content

HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

Kongsikan artikel ini

Artis serba boleh, Johnny Depp nampaknya sudah pun menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Menurut beberapa laporan, pelakon berusia 61 tahun itu kini sedang menjalin hubungan dengan model dan pemilik studio kecantikan dari Rusia, Yulia Vlasova. Perhubungan mereka mencuri perhatian dek jurang usia yang ketara iaitu 33 tahun.

Pasangan itu dilaporkan menyembunyikan percintaan mereka daripada pengetahuan ramai. Namun begitu Yulia ada memuat naik fotonya bersama Johnny di Instagram beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam satu sesi soal jawab di Instagram Story, model itu ditanya siapakah pelakon lelaki kegemarannya. “JD. Seorang lelaki yang sangat berbakat dan memberi inspirasi,” tulisnya. Yulia turut memuat naik foto mereka memegang paha satu sama lain.

Johnny Depp Yulia Vlasova

Foto: Instagram

Sejarah Percintaan Johnny Depp

Pasangan itu dikhabarkan bertemu buat kali pertama di Festival Filem Kebangsaan Karlovy Vary pada Ogos 2021 dan menjadi rapat tidak lama kemudian. Menerusi perkongsian di Instagram, Yulia dilihat kerap meluangkan masanya di United Kingdom walaupun menetap di Prague, Czech Republic.

Umum mengetahui sejak dua tahun lalu Johnny menetap di negara itu selepas melalui perceraian perit dengan bekas isteri, Amber Heard. Dia kini tinggal di London dan menyibukkan diri dengan projek filem serta konsert jelajah bersama kumpulan muziknya.

Baru-baru ini kelibat Johnny dan Yulia dirakam beraksi mesra ketika berjalan keluar dari lapangan terbang London Heliport. Ini sekali gus mengesahkan percintaan mereka yang menjadi topik perbualan hangat peminat.

Foto: Backgrid

Sebelum menjalin hubungan dengan Yulia, bintang Jeanne du Barry ini dikhabarkan bercinta dengan Joelle Rich, peguam yang mewakilinya dalam kes saman fitnah terhadap akhbar The Sun. Menurut sumber, perhubungan mereka tidak serius yang akhirnya membawa kepada perpisahan pada November 2022.

Sebelum mengahwini Amber pada 2015, Johnny menjalin hubungan jangka panjang dengan model dan penyanyi Perancis, Vanessa Paradis. Mereka bergelar pasangan kekasih selama lebih sedekad dari 1998 hingga 2012.

Bapa kepada dua cahaya mata itu bertemu Amber di lokasi penggambaran filem The Rum Diary pada 2011. Mereka menjalin hubungan tidak lama selepas Johnny mengumumkan perpisahannya dengan Vanessa.

Foto: Getty Images

 

Foto: Getty Images/Instagram

Pautan berkaitan: PERBICARAAN SAMAN FITNAH JOHNNY DEPP & AMBER HEARD DIFILEMKAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET & HUGH GRANT DALAM TRELER FILEM WONKA

Bacaan Lanjut
TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

TERIMA STANDING OVATION TUJUH MINIT, JOHNNY DEPP DILIHAT SEBAK

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

JOHNNY DEPP TANDATANGANI KONTRAK WANGIAN TERBESAR DALAM SEJARAH

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP TAMPIL SEBAGAI RAJA LOUIS XV DALAM TRELER PERTAMA JEANNE DU BARRY

JOHNNY DEPP TAMPIL SEBAGAI RAJA LOUIS XV DALAM TRELER PERTAMA JEANNE DU BARRY

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI AMBER HEARD

JOHNNY DEPP AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI AMBER HEARD

Bacaan Lanjut