HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY
MIERUL AIMAN MAKIN DIKENALI SEJAK BERLAKON DRAMA “PROJEK: HIGH COUNCIL”. BERMULA DARI ITU, MIERUL AIMAN MENGUMPUL PEMINAT YANG JUMLAHNYA LUAR BIASA DAN CETUS FENOMENA TERSENDIRI. FIRST TIME IN GLAM LELAKI, KAMI MENDEKATI MIERUL AIMAN YANG MULA SERIUS UNTUK BERGELAR PELAKON YANG BERJAYA.

Top, seluar biker & tali pinggang, Mugler x H&M
SIAPAKAH MIERUL AIMAN? IN YOUR OWN WORDS?
Saya seorang yang suka bereksperimen. Sangat-sangat sukakan eksperimen. Mierul suka eksperimen diri Mierul untuk mengetahui sejauh manakah Mierul boleh pergi dalam sesuatu bidang itu. Dan melalui itu juga, Mierul percaya yang Mierul
boleh tahu setakat mana had keselesaan dan had ketidakselesaan Mierul. Dan Mierul percaya ia merupakan satu proses yang indah untuk menjadi yang terbaik dalam sesuatu bidang kerja atau situasi yang Mierul sedang alami.
TIGA PERKARA TENTANG MIERUL YANG ORANG TAK TAHU?
Mierul seorang yang sukakan aktiviti lasak dan suka untuk keluarkan peluh. Dan Mierul percaya dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh ia dapat kurangkan tekanan dan stress.
Yang kedua, Mierul suka menonton filem genre biopik dan mengimpikan untuk berlakon karakter untuk filem biopik. Mierul suka filem biopik kerana ia dapat menceritakan kisah realiti figura yang sebenar dan ia diceritakan melalui sebuah naskhah. Dan Mierul sangat-sangat kagum dengan pelakon yang berjaya menonjolkan karakter mereka, yang mana karakter tersebut pernah hidup dalam kehidupan sebenar. Dan dapat memberi kepercayaan kepada penonton yang ianya merupakan kisah benar.
My comfort flavour is spicy 🙂 Mierul sangat suka makanan pedas. Sebab makan makanan yang pedas dapat memberi mood yang penuh semangat dan bertenaga. Dan rasanya tidak ada masalah untuk makan makanan yang pedas pada bila-bila masa. Makan sebelum masuk tidur pun okay. Mierul pernah je makan makanan pedas seperti mi maggi pedas, ramen, dan banyak lagi sebelum tidur dan Mierul rasa okay je.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER
ANAABU mengangkat gaya minimalis lelaki dengan rekaan ringkas, moden dan penuh karakter untuk penampilan yang lebih versatil.
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
SENTUHAN COUTURE, GAYA HARIAN: ELIE SAAB X H&M
Elie Saab x H&M menggabungkan sentuhan couture dengan gaya harian menerusi rekaan elegan, potongan moden dan perincian yang memikat.
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.











