WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK
Ernie Zakri mengikut jejak langkah beberapa penyanyi tempatan dengan muncul di papan iklan gergasi di Times Square New York.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ernie Zakri meluahkan rasa teruja dan tidak percaya kerana terpilih menjadi artis pilihan Spotify bulan ini. “Dreams do come true. Your girl is the EQUAL ambassador of the month! Mama, kita ada kat Billboard NYC!”

Foto: Instagram
Terkenal dengan vokal mantap, pelantun Ku Bersuara ini gembira melihat segala penat lelahnya membuahkan hasil. Dia menganggap penghormatan ini sebagai satu kejayaan terbesar yang diraihnya sebagai penyanyi. “Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Saya tak pernah terbayang satu hari nanti wajah saya akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang dikenali di seluruh dunia,” katanya, memetik laporan Utusan.
Pencapaian ini turut membakar semangatnya untuk terus menghasilkan lebih banyak karya tahun ini. “Saya bercadang untuk mengeluarkan lebih banyak lagu dan mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancang jadi tolong doakan semuanya dipermudahkan,” sambungnya lagi.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AINA ABDUL CURI PERHATIAN PEMINAT ANTARABANGSA, MALAYSIA DIRAMAL TEMBUS TOP 3 EUROVISION ASIA 2026?
Aina Abdul bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Asia 2026, dengan peminat antarabangsa meramalkan Malaysia mampu menembusi Top 3.
SUARA KINI: VOKAL BESAR NADEERA DENGAN JIWA ROMANTIS
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Nadeera, salah seorang daripada penyanyi dengan latar belakang serta genre yang berbeza.
SUARA KINI: ALVY JOANNA JUMPA JIWA DALAM IMEJ BAHARU
Untuk isu September 2026, GLAM Lelaki bawakan Alvy Joanna, salah seorang daripada empat penyanyi dengan latar belakang yang berbeza.
SUARA BAHARU GL, 5 PENYANYI LELAKI YANG MENINGKAT NAIK
Kenali lima penyanyi lelaki generasi baharu yang sedang mencuri perhatian dan mencipta gelombang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











