Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri muncul sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH ke-37. Menewaskan empat finalis Bintang Paling Popular iaitu Sweet Qismina, Emma Maembong, Wani Kayrie dan Tracie Sinidol.
Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-37 berlangsung meriah dan penuh emosional di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, di mana barisan selebriti popular tanah air dinobatkan sebagai pemenang dalam pelbagai kategori utama. Ernie Zakri muncul sebagai fokus utama apabila dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain termasuk Sweet Qismina dan Emma Maembong. Kemenangan itu turut disertai trofi dan wang tunai RM30,000, hasil sokongan luar biasa peminat yang memberikan undian melebihi 124 juta sepanjang tempoh undian dibuka.
Selain kejayaan utama itu, Ernie juga membawa pulang trofi Penyanyi Wanita Popular, sekali gus memperkukuhkan pengaruhnya dalam dunia muzik tempatan. Hael Husaini pula meraih trofi Penyanyi Lelaki Popular. Menandakan kemenangan pertamanya di ABP. Di pentas lakonan pula, Fattah Amin dinobat sebagai Aktor Filem Popular, menewaskan pelakon hebat lain, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Qi Razali & Syafiq Kyle.
Nama gah lain yang turut mencuri perhatian ialah Sweet Qismina, yang meraih trofi Aktres Filem Popular, serta Adam Lee, yang membawa pulang anugerah Aktor Pembantu Filem Popular melalui filem Babah. Kemenangan ini bukan sahaja menghargai bakat mereka, malah mengukuhkan lagi kedudukan kedua-dua pelakon tersebut di persada seni tanah air.
Bakat baharu juga mendapat tempat tersendiri apabila Jazmy Juma diumumkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular, mencipta detik manis pada malam berprestij tersebut. Jazmy menewaskan pelakon baharu lain, seperti Zharif Ghazzi dan Evertts Gomes.
Artikel berkaitan: KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI
Fenomena KUDRAT 1968 bakal mencapai kemuncak menerusi filem KUDRAT 1968: High Council pada 29 Oktober 2026.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
HAEL HUSAINI, PERJALANAN MUZIK, SEBUAH PERJALANAN DIRI
Bagi Hael Husaini, perjalanan dalam muzik bukan sekadar tentang mengejar pencapaian, tetapi proses yang membentuk dirinya sebagai pemuzik.
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
SEPTEMBER BOYS: 9 SELEBRITI LELAKI YANG SAMBUT HARI LAHIR BULAN INI
Bulan September turut menjadi bulan untuk meraikan selebriti - selebriti lelaki yang dilahirkan sepanjang bulan istimewa ini.











