ISAAC VOO, HAN JISUNG DAN 5 LAGI BINTANG KOREA INI BERKAIT DENGAN MALAYSIA!
Di sebalik dunia hiburan Korea Selatan yang penuh glamor, terdapat beberapa selebriti popular yang mempunyai kait rapat dengan Malaysia.
Siapa sangka, nama-nama dari Korea Selatan ini sebenarnya berkait rapat dengan negara kita, Malaysia? Sama ada pernah menetap, bersekolah, berdarah kacukan atau berasal dari negara ini sendiri, kehadiran mereka mencetuskan rasa bangga dan keterujaan buat peminat tempatan. Nama-nama dari Korea Selatan yang berkait dengan negara Malaysia ini juga bukanlah biasa-biasa. Jika disebut, sudah tentu mereka amat dikenali. Individu-individu ini jugalah membuatkan peminat di Malaysia rasa lebih dekat dengan mereka, walaupun ada yang masih belum kembali ke Malaysia. Dari pelatih baru hingga selebriti ternama, berikut adalah tujuh individu yang membuktikan hubungan Korea dan Malaysia lebih dekat daripada yang disangka
#1 Ling Ling
Pertama kali Ling Ling membuat kemunculan dalam dunia hiburan K-Pop merupakan dalam rancangan survival I-LAND 2. Gadis Cina berasal dari Klang ini kemudian tersingkir pada episod ketujuh. Pada bulan Mac 2025, Ling Ling dikhabarkan telah berada di bawah naungan LeanBranding dan bakal debut. Pada 29 Mei 2025, Ling Ling debut bersama lima lagi pelatih di bawah nama KIIRAS dengan single Kill Ma Bo$$. Ling Ling bakal berada di Malaysia bersama ahli KIIRAS untuk acara The Music Journey 2 Roadshow pada 1 Ogos 2025.
#2 Isaac Voo
Berasal dari Sabah, Isaac Voo pernah debut bersama kumpulan lelaki Korea Selatan SKYE (dahulu dikenali sebagai IN2IT) selepas menyertai rancangan survival BOYS24 pada tahun 2016. Isaac mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa dan Sekolah Menengah Lok Yuk. Pada umur 17 tahun, Isaac mula meminati indsutri hiburan selepas membuat persembahan di Hari Guru sekolahnya sebelum menyertai rancangan BOYS24. Isaac berjaya meraih tempat keenam dan debut bersama kumpulan SKYE menjadikannya individu pertama Malaysia yang menjadi selebriti K-Pop. Kini, Isaac Voo kembali aktif di Malaysia sebagai penyanyi solo selepas melakukan debutnya dengan lagu berjudul Time Bomb pada tahun 2022.
#3 Han (Stray Kids)
Sebelum menjadi pelatih di JYP Entertainment, Han Jisung (Han) sebenarnya salah seorang selebriti yang pernah menetap di Malaysia sejak umur 8 tahun walaupun dilahirkan di Incheon, Korea Selatan. Han menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Malaysia dan sempat bersekolah di Fairview International School selama enam tahun. Walaupun Stray Kids belum pernah ke Malaysia, Han sering menceritakan kisah dan makanan-makanan kesukaannya di Malaysia sepanjang kariernya. Han kembali ke Korea untuk menduduki peperiksaan dan memutuskan untuk tinggal di sana untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi. Dia dikatakan perlu pulang semula ke Malaysia jika tidak berjaya.
#4 Taeyoung (Cravity)
Ahli kumpulan Cravity, Taeyoung sebenarnya pernah menetap di Malaysia selama empat tahun. Pada 31 Mei 2025, Cravity ke Malaysia untuk konsert KPOP Masterz 2025. Taeyoung mengungkapkan kegembiraannya dengan beberapa video di TikTok menyatakan dia akhirnya pulang kembali ke Malaysia. Luvity (peminat Cravity) juga tidak berhenti menyambutnya ‘balik kampung’ ketika Cravity berada di Malaysia.
#5 Exxi
Exxi merupakan pelatih dari Malaysia yang berada di bawah naungan TEN Entertainment. Pada tahun 2024, Exxi menyertai rancangan survival SCOOL dan berjaya menempatkan namaya di tempat keenam menjadikannya layak untuk debut bersama projek kumpulan lelaki SEVENTOEIGHT. SEVENTOEIGHT membuat kemunculan pertama mereka pada 28 Julai 2025 dengan lagu berjudul PDSR (Please Don’t Stop the Rain). Exxi merupakan rakyat Malaysia ketiga yang berjaya debut di Korea Selatan selepas Isaac Voo dan Ling Ling.
#6 Seo Kang-joon
Pelakon terkenal Seo Kang-joon sebenarnya pernah menetap dan belajar di Malaysia sebelum memulakan karier lakonannya. Ketika berusia 14 tahun, Seo Kang-joon belajar di Sekolah Antarabangsa Ipoh selama setahun tujuh bulan sebelum pulang ke Korea Selatan untuk menyambung pelajarannya di sana. Seo Kang-joon cukup dikenali dengan drama lakonannya seperti Are You Human?, Watcher, When The Weather Is Fine dan yang terbaru sekali, Undercover High School.
#7 Tang Jun-sang
Nama uniknya sering menjadi tanda tanya, rupanya kerana pelakon drama Racket Boys dan Crash Landing On You ini mempunyai darah Malaysia. Tang Jun-sang menyatakan bahawa bapanya berketurunan Cina-Malaysia manakala ibunya dari Korea Selatan. Namun begitu, Jun-sang dilahirkan di Korea Selatan dan meraih nama keluarga bapanya, Tang yang cukup biasa didengari dalam kalangan Cina Malaysia. Pada tahun 2023, Jun-sang dilihat berada di Malaysia bersama rakan lakonannya, Yoon Chan-young yang dikatakan mengikutnya pulang ke kampung.
Pautan Berkaitan: PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JAM TANGAN OMEGA PALING ‘POWER’ TAHUN 2025!
Temui 5 jam tangan OMEGA paling ‘power’ untuk tahun 2025, yang pasti menarik perhatian para peminat jam mewah di Malaysia.
ENAM PEREKA FESYEN SOLO LELAKI YANG BAKAL BERAKSI DI KLFW 2025
Ketahui tujuh pereka fesyen solo lelaki yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka di KLFW 2025 yang akan datang.
NAK SEAT TENGAH! INI FILEM PALING ‘HOT’ BULAN OGOS!
Deretan filem yang bakal memecahkan panggung bulan ogos ini. Ini senarai filem-filem terbaik yang tidak patut anda lepaskan bulan ini.
KOLEKSI PELENGKAP MUSIM PANAS BC BEACH CULTURE DARI BERNARD CHANDRAN
Koleksi musim bunga/panas 2026 Bernard Chandran, BC Beach Culture memberi gabungan kreatif di KL Men's Fashion Week tahun ini.
RADO X TEJ CHAUHAN: JAM TANGAN SCI-FI PALING BERANI.
RADO X Tej Chauhan untuk hasilkan jam tangan DiaStar Original edisi khas yang funky, futuristik dan penuh gaya.