Skip to content

JAMES CORDEN AKAN MENINGGALKAN THE LATE LATE SHOW TAHUN HADAPAN

Kongsikan artikel ini

Selepas lapan tahun, hos juga pelakon komedi James Corden akan meninggalkan kerusi pengacaraan The Late Late Show yang telah bersiaran sejak 2015.

Tiada lagi segmen popular “Carpool Karaoke” bermula pada tahun hadapan. Hos juga pelakon komedi, James Corden akan meneninggalkan kerusi pengacaraan The Late Late Show pada tahun 2023.  Pengumuman tersebut telah dilakukan ketika rakaman rancangan CBS tersebut di Los Angeles, California pada Khamis lalu.

(Photo by Alberto E. Rodriguez/Getty Images)

This will be my last year hosting The Late Late Show. When I started this journey, it was always going to be just that. It was going to be a journey—an adventure. I never saw it as my final destination, you know? And I never want this show to overstay its welcome in any way. I always want to love making it. And I really think in a year from now that will be a good time to move on and see what else might be out there,” antara petikan monolog yang dikongsikan James Corden.

James Kimberley Corden yang berasal dari United Kingdom telah mengacarakan rancangan bual bicara Amerika Syarikat itu sejak 2015 lagi. Selepas lapan tahun, pelakon yang pernah membintangi filem seperti “Into the Woods”, “Ocean’s” dan “The Prom” itu akan mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan yang telah banyak mencipta momen budaya pop yang tular.

James Corden & BTS (Photo by Bellocqimages/Bauer-Griffin/GC Images)

Antaranya segmen ikonik adalah “Carpool Karaoke” yang menampilkan barisan penyanyi popular seperti Adele, BTS, Justin Bieber, Mariah Carey serta legenda Paul McCartney yang memenangi Anugerah Emmy. “Drop the Mic”, “Crosswalk the Musical” dan “Spill Your Guts or Fill Your Guts” antara yang menjadi tarikan kepada racangan ini.

Menurut sumber, James Corden menyatakan dia mahu menghabiskan lebih masa bersama keluarganya dan pulang ke United Kingdom selepas kontraknya tamat pada tahun hadapan.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: 7 PENGINAPAN AIRBNB MENAKJUBKAN UNTUK MERAIKAN MUSIM LEBARAN

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

must watch December 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN

Bacaan Lanjut
BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU

BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU

Bacaan Lanjut