JARED LETO SEBAR KESEDARAN CEGAH BUNUH DIRI MENERUSI KEMEJA-T
Pelakon Justice League, Jared Leto kini giat menggunakan platform media sosial miliknya untuk menyebarkan kesedaran.
Terbaharu, Leto menyokong kempen cegah bunuh diri menerusi rekaan kemeja-T untuk mengutip dana daripada orang ramai menerusi pembelian.
Projek yang diinspirasikan oleh filem arahan Zack Synder, Justice League ini merupakan kerjasama antara Leto dan American Foundation for Suicide Prevention (AFSP).
Kemeja-T hitam polos ini memaparkan sebaris ayat yang disebut oleh Joker dalam filem tersebut, ‘We live in a society’ di bahagian dada. Leto turut berkongsi foto dirinya menyarung kemeja-T ini di Instagram.

Foto: Instagram
Separuh daripada keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan kepada American Foundation for Suicide Prevention, yayasan yang disokong oleh keluarga Snyder sejak kematian anak perempuan mereka tiga tahun lalu akibat membunuh diri.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 MOMEN FESYEN LELAKI DALAM SEJARAH MET GALA
Terokai 10 momen fesyen lelaki dalam sejarah Met Gala. Dari Jared Leto hingga Billy Porter, lihat gaya ikonik yang mencabar norma.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.











