Skip to content

JENAMA MEWAH TAMATKAN KOLABORASI DENGAN KIM SOO HYUN DEK KONTROVERSI

JENAMA MEWAH TAMATKAN KOLABORASI DENGAN KIM SOO HYUN DEK KONTROVERSI

Kongsikan artikel ini

Satu demi satu ujian hebat menimpa aktor popular Korea Selatan, Kim Soo Hyun.

Selepas dikaitkan dengan kematian aktres Kim Sae Ron, Prada membuat keputusan menggugurkan namanya sebagai duta jenama mewah dari Itali itu.

Perkara itu dedahkan wakil Prada menerusi satu kenyataan rasmi. Bintang Queen of Tears itu dilantik menjadi duta jenama pada Disember tahun lalu.

“Memandangkan isu ini sangat berat, kami bersetuju untuk menamatkan kontrak dengan pelakon Kim Soo Hyun,” menurut kenyataan.

Selain Prada, jenama Homeplus yang sebelum ini pernah melantik aktor itu sebagai duta produk telah menurunkan poster wajahnya dari papan iklan di sekitar Korea.

KIM SOO HYUN

Foto: X

Kisah Kim Soo Hyun & Kim Sae Ron

Nama pelakon berusia 37 tahun itu hangat diperkatakan kebelakangan ini selepas dikhabarkan sebagai punca Kim Sae Ron membunuh diri.

Aktres Bloodhounds itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya di Seoul oleh seorang rakan. Menurut laporan, dia meragut nyawa sendiri selepas sekian lama hidup dalam tekanan akibat masalah kewangan.

Tidak lama kemudian muncul khabar daripada ibu saudara mendiang mendedahkan bahawa kedua-duanya pernah menjalin cinta beberapa tahun lalu. Sewaktu bergelar kekasih, mendiang menawarkan kelas lakonan percuma buat agensi Gold Medalist milik syarikat Kim Soo Hyun.

Ketika mendiang terpalit dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, aktor itu menawarkan diri untuk membantu membayar denda demi membalas budi.

Kim Soo Hyun Kim Sae Ron

Foto: Mint

Malangnya selepas dua tahun, Kim Sae Ron menerima notis saman yang memintanya membayar kembali ‘hutang’ tersebut berjumlah RM2.1 juta. Berdepan masalah kewangan, mendiang cuba menghubungi pelakon itu untuk merayu diberi lebih masa namun tidak dilayan.

Terasa dikhinati, aktres itu mendedahkan foto mesra mereka kepada umum demi menarik perhatian Kim Soo Hyun. Malangnya apa yang diterima adalah kecaman daripada peminat.

Menurut laporan, kejadian perit ini memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya. Sekali gus mendorongnya untuk meragut nyawa sendiri pada hari ulang tahun kelahiran aktor itu.

Selepas tersebarnya kontroversi tersebut, peminat meluahkan rasa jijik dengan tindakan Kim Soo Hyun menjalin hubungan dengan gadis bawah umur. Sesetengahnya mengugut mahu memboikot jenama yang terus menjalin kerjasama dengan pelakon itu.

ksh3

 

Foto: X

Pautan berkaitan: PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGAKHIRAN DUKA PEMUZIK BERBAKAT BESAR, WHEESUNG

PENGAKHIRAN DUKA PEMUZIK BERBAKAT BESAR, WHEESUNG

Bacaan Lanjut
DIANGGAP PUNCA KEMATIAN KIM SAE RON, KERJAYA KIM SOO HYUN BAKAL BERAKHIR?

DIANGGAP PUNCA KEMATIAN KIM SAE RON, KERJAYA KIM SOO HYUN BAKAL BERAKHIR?

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN

PENAMPILAN WON BIN DI MAJLIS PENGEBUMIAN KIM SAE RON MENGUNDANG PERHATIAN

Bacaan Lanjut
DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM TERBAIK KIM SAE RON

DALAM KENANGAN: TONTON 5 DRAMA & FILEM HEBAT LAKONAN KIM SAE RON

Bacaan Lanjut
new shows march 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MAC 2024

Bacaan Lanjut

5 AKTOR KOREA MILIKI RUTIN PENJAGAAN KULIT TERBAIK

Bacaan Lanjut