Skip to content

JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN

JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN

Kongsikan artikel ini

Kisah cinta epik Jennifer Lopez dan Ben Affleck secara rasminya berakhir selepas perceraian mereka dimuktamadkan pada 7 Januari 2025.

Ini sekali gus menangkis khabar angin bahawa pasangan itu mungkin akan kembali bersama selepas dilihat berkucupan dan beraksi mesra di Hotel Beverly Hills di California pada September 2024.

Menurut dokumen mahkamah, kedua-duanya bersetuju untuk tidak membayar alimoni kepada satu sama lain dan akan menyimpan harta persendirian yang diperolehi secara individu sewaktu mereka masih bergelar suami isteri.

Bagaimanapun Jennifer akan menyimpan cincin pertunangan bertatahkan berlian hijau 8.5 karat pemberian Ben yang bernilai lebih USD5 juta. Bahagian dalam cincin itu diukir dengan tiga perkataan, ‘Not. Going. Anywhere.’

Foto: Instagram

Walaupun mahkamah telah memuktamadkan perceraian mereka, perkahwinan pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘Bennifer’ itu hanya akan terlerai secara rasmi pada 20 Februari 2025.

Jennifer Lopez Berkongsi Hikmah Perceraian

Baru-baru ini ibu kepada sepasang kembar itu berkongsi bagaimana perceraian dengan Ben membuka matanya yang selama ini tertutup rapat.

“Saya tiba-tiba terfikir dan berkata kepada diri sendiri… ‘Terima kasih Tuhan. Maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk menyedarinya. Maafkan saya kerana Kamu perlu mengingatkan saya berkali-kali. Sepatutnya saya mengambil pengajaran sejak dua-tiga perkahwinan lalu. Sekarang saya faham,” katanya kepada majalah Interview.

Bintang Unstoppable itu menambah, hikmah di sebalik perceraiannya adalah dia mampu mencapai kebahagiaan dan kegembiraan sendirian.

Jennifer Lopez ben affleck bercerai

Foto: OnTheJLo

Jennifer dan Ben bertemu di set penggambaran Gigli pada 2002 sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun sama. Bagaimanapun dek tekanan media, mereka berpisah dua tahun kemudian.

Selepas hampir dua dekad, cinta kembali bertaut dan mereka berkahwin pada 2022. Malangnya pada Ogos 2024, Jennifer menfailkan perceraian dan merekodkan 26 April 2024 sebagai tarikh perpisahan mereka.

Walaupun telah berpisah, keduanya menjalin hubungan baik dan masih terlibat dalam hidup masing-masing demi anak-anak mereka.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK

JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

Bacaan Lanjut
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

Bacaan Lanjut
JENNIFER LOPEZ & BEN AFFLECK CAPAI KATA SEPAKAT BERHUBUNG PERCERAIAN

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

Bacaan Lanjut