Skip to content

JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK

JENNIFER LOPEZ BERKONGSI HIKMAH PERCERAIAN DENGAN BEN AFFLECK

Kongsikan artikel ini

Berita perceraian Jennifer Lopez dan Ben Affleck beberapa bulan lalu nyata memberi kejutan besar kepada peminat.

Apa tidaknya, hanya selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai ‘Bennifer’ membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, Jennifer mendedahkan pergelutan yang dialami dan bagaimana dia berdepan dengan saat sukar dalam hidupnya itu.

“Cara saya mengatasi sesuatu isu bukanlah dengan memikirkan ia sebagai masalah kepada saya, tetapi pengajaran apa yang boleh saya ambil daripadanya.

Jennifer Lopez

Foto: YouTube/British Vogue

“Apabila saya berfikir dengan cara itu dan kekal dalam pemikiran positif, lebih mudah untuk saya menerima pengajarannya. Kerana itulah gunanya kesukaran yang kita lalui dalam hidup. Apa yang sepatutnya saya belajar daripada perceraian ini?

“Tiada apa yang berlaku secara kebetulan. Perkara itu bukan berlaku secara rawak. Ia terjadi atas sebab tertentu,” jelasnya kepada British Vogue.

Penghibur berusia 55 tahun itu juga berkata dia bertanya pada diri, apakah yang dapat dipelajarinya daripada perkara ini. Juga bagaimana untuk keluar daripada masalah ini dan menjadi lebih baik, lebih kuat, lebih berpengetahuan serta lebih berevolusi.

Jennifer Lopez Mampu Cipta Kebahagiaan Sendiri

Baru-baru ini ibu kepada sepasang kembar itu berkongsi bagaimana perceraian dengan Ben membuka matanya yang selama ini tertutup rapat.

“Saya tiba-tiba terfikir dan berkata kepada diri sendiri… ‘Terima kasih Tuhan. Maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk menyedarinya. Maafkan saya kerana Kamu perlu mengingatkan saya berkali-kali. Sepatutnya saya mengambil pengajaran sejak dua-tiga perkahwinan lalu. Sekarang saya faham,” katanya kepada majalah Interview.

Bintang Unstoppable itu menambah, hikmah di sebalik perceraiannya adalah dia mampu mencapai kebahagiaan dan kegembiraan sendirian.

Jennifer Lopez Ben Affleck

Foto: Instagram

Jennifer dan Ben bertemu di set penggambaran Gigli pada 2002 sebelum mengikat tali pertunangan pada tahun sama. Bagaimanapun dek tekanan media, mereka berpisah dua tahun kemudian.

Selepas hampir dua dekad, cinta kembali bertaut dan mereka berkahwin pada 2022. Malangnya pada Ogos 2024, Jennifer menfailkan perceraian dan merekodkan 26 April 2024 sebagai tarikh perpisahan mereka.

Walaupun telah berpisah, keduanya menjalin hubungan baik dan masih terlibat dalam hidup masing-masing demi anak-anak mereka.

 

Foto: US Weekly

Pautan berkaitan: PERCERAIAN ARTIS HOLLYWOOD YANG MENJADI BUALAN HANGAT PADA 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

KEKASIH BARU? JENNIFER LOPEZ DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEJAKA TAMPAN

Bacaan Lanjut
DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

DIRAKAM BERKUCUPAN, BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ PILIH BERDAMAI?

Bacaan Lanjut
BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

BELUM SAH BERCERAI, BEN AFFLECK SUDAH TEMUI PENGGANTI JENNIFER LOPEZ?

Bacaan Lanjut
ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

ALASAN MENGAPA JENNIFER LOPEZ TEKAD BERCERAI DENGAN BEN AFFLECK

Bacaan Lanjut
DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

DUA TAHUN BERKAHWIN BEN AFFLECK & JENNIFER LOPEZ BAKAL BERCERAI?

Bacaan Lanjut

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2024

Bacaan Lanjut