Skip to content

JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Penyanyi DNCE, Joe Jonas meluahkan cinta kepada isteri juga pelakon “Games of Thrones”, Sophie Turner selepas mereka dikurniakan anak perempuan kedua.

House of Jonas semakin membesar selepas Joe Jonas dan Sophie Turner kini bergelar ibu bapa buat kali kedua. Penyanyi DNCE, Joe Jonas meluahkan cinta kepada isteri juga pelakon “Games of Thrones”, Sophie Turner selepas berkongsi berita gembira kelahiran anak perempuan kedua mereka.

“Joe dan Sophie berasa gembira untuk mengumumkan kelahiran anak perempuan mereka,” menurut wakil mereka berdua.

(Photo by Victor Boyko/Getty Images)

Penyanyi Jonas Brothers dan DNCE berusia 32 tahun itu telah menghadiahkan sebuah video dalam memberikan penghargaan kepada isterinya selepas kelahiran anak kedua mereka. Melalui video yang dikongsikan di Instagram, Joe Jonas menggunakan lagu “Got Me Good” daripada kumpulan DNCE yang menampilkan klip percintaan antara mereka berdua, termasuklah foto perkahwinan mereka pada 2019.

Joe Jonas dan Sophie Turner mengikat tali perkahwinan di sebuah gereja kecil di Vegas sejurus menghadiri Billboard Music Awards, sebelum mengadakan majlis besar-besaran di sebuah chateau di selatan Perancis. Setahun selepas itu, mereka dikurniakan anak pertama pada Julai 2022 bernama Willa.

 

Baca lebih lanjut: SEAN LEE BAKAL SERTAI FILEM ‘DC LEAGUE OF SUPER-PETS’ SEBAGAI WAFFLES

1 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023

30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023

Bacaan Lanjut
IMBASAN MET GALA: PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

Bacaan Lanjut
DANIEL RADCLIFFE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

DANIEL RADCLIFFE TIMANG CAHAYA MATA SULUNG

Bacaan Lanjut
PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

PENAMPILAN PERTAMA NICK JONAS & PRIYANKA CHOPRA BERSAMA PUTERI SULUNG

Bacaan Lanjut
MENGEJUTKAN! INI JUMLAH NAFKAH 11 ANAK NICK CANNON DALAM SETAHUN

MENGEJUTKAN! INI JUMLAH NAFKAH 11 ANAK NICK CANNON DALAM SETAHUN

Bacaan Lanjut

RAFAEL NADAL KINI BERGELAR BAPA BUAT PERTAMA KALI

Bacaan Lanjut