SEAN LEE BAKAL SERTAI FILEM ‘DC LEAGUE OF SUPER-PETS’ SEBAGAI WAFFLES
Selebriti berbakat besar, Sean Lee bakal menyumbangkan suaranya kepada karakter Waffles dalam filem “DC League of Super-Pets” yang akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Julai 2022.
Warner Bros. Pictures mengesahkan memilih suara milik bakat Malaysia buat pertama kali untuk menyertai filem “DC League of Super-Pets” yang terbaharu. Selebriti dan pelakon berbakat besar, Sean Lee akan menyumbangkan suaranya kepada karakter Waffles dalam filem aksi-pengembaraan animasi yang akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Julai 2022.
Sean Lee mula dikenali menerusi siri drama “The Hotel”, “Romantika 4 Hari 3 Malam” dan “Jujurlah Nikahi Aku”. Kini, bakat mambawanya ke studio Hollywood berprestij dengan peluang untuk menyumbangkan suara dan menghidupkan watak Waffles, iaitu seekor anjing Terrier Boston yang tinggal di Metropolis.
“Saya bersyukur kerana impian masa kecil untuk menjadi suara kepada watak dalam filem animasi kini menjadi kenyataan dan sangat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa ini!” kata Sean Lee selepas menerima tawaran keemasan tersebut.
Walaupun hanya bahagian “kele-feh” yang kecil, namun Sean Lee sangat teruja dan menyuntikkan latar belakang tersendiri kepada Waffles. Anak kelahiran Subang Jaya itu membayangkan Waffles sebagai anjing yang sangat jujur dari Subang Jaya, Malaysia, dan dibawa oleh pemiliknya berpindah ke Metropolis sebagai ekspatriat. Sesuai dengan latar belakangnya, maka Waffles mempunyai loghat Malaysia yang agak pekat.
Dalam “DC League of Super-Pets”, Krypto the Super-Dog berkawan baik dengan Superman, berkongsi kuasa luar biasa yang sama dan berganding bahu memerangi jenayah di Metropolis. Apabila Superman dan seluruh ahli Liga Keamanan diculik, Krypto mesti meyakinkan pasukan pelindungan seperti Ace, si anjing pemburu; PB, si babi gendut; Merton, si kura-kura dan Chip, si tupai untuk menguasai kuasa sebenar mereka dan membantu menyelamatkan wira-wira tersebut.
“DC League of Super-Pets” dibintangi oleh barisan nama besar Hollywood seperti Dwayne “The Rock” Johnson, Kevin Hart, Kate McKinnon, John Krasinski, Vanessa Bayer, Natasha Lyonne, Diego Luna, dan Keanu Reeves.
Foto: Warner Bros. Pictures Malaysia
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2022
Dari filem Korea, “Carter” kepada siri yang dinantikan “House of the Dragon”, laman penstriman utama membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Ogos 2022.
EZRA MILLER ‘THE FLASH’ DITANGKAP DI HAWAII
Ezra Miller ditahan di Hilo, Hawaii, kerana memaki hamun pelanggan, mengganggu set karaoke dan menerjang seorang lelaki bermain dart.
RED ONE BAKAL MENYATUKAN CHRIS EVANS & DWAYNE JOHNSON
Tahun 2022 dilihat sebagai tahun yang sibuk buat Chris Evans apabila dipilih untuk membintangi sebuah lagi filem di samping The Rock.
PENGALAMAN BELI-BELAH PERIBADI DI BUTIK INDIGO LEVI’S® SURIA KLCC
Barisan selebriti selebriti dan bintang media sosial seperti Sean Lee, Yonny Boii, Chubb-E dan Zhen Ningg antara yang hadir di pembukaan butik INDIGO di Levi’s® Suria KLCC.
DARI STADIUM KE LAYAR PERAK, 5 ATLET YANG KINI BERGELAR BINTANG FILEM HOLLYWOOD
Tahukah anda Jason Statham pernah menyertai Sukan Komanwel untuk acara terjun? Kenali lima bintang Hollywood yang pernah bergelar atlet profesional sebelum terjun ke dalam dunia seni hiburan.
ROLEX SUBMARINER, PEMBERIAN ISTIMEWA KEANU REEVES BUAT 4 PELAKON LAGAK NGERI JOHN WICK
Keanu Reeves sememangnya dikenali sebagai salah seorang pelakon Hollywood yang dermawan, baik hati dan merendah diri.