JOHN CENA LAMAR KEKASIH DI WRESTLE MANIA
65,000 penonton yang menyaksikan acara Wrestlemania 33 tercenggang dan dikejutkan apabila penggusti terkemuka Amerika Syarikat, John Cena melamar kekasihnya di dalam gelanggang gusti World Wrestling Entertainment (WWE).
Berdasarkan laporan Mirror, John Cena yang berusia 39 tahun itu, melamar Nikki Bella mereka berdua bergandingan dan menewaskan lawan mereka, The Miz dan Maryse di Stadium World Camping di Orlando semalam. Selepas tamat perlawanan, bekas juara WWE itu melutut sebelum melamar Bella yang berusia 33 tahun yang kemudiannya bersetuju untuk mengahwini Cena.Bella ternyata terkejut dengan lamaran tersebut namun menerimanya dengan gembira sambil mendapat sorakan daripada penonton.
John juga mendedahkan, dia pernah menyuarakan hasrat untuk mengahwini Bella tetapi mahu melamar wanita itu secara rasmi di gelanggang gusti sambil disaksikan penonton.
“Saya bertanya kepadanya bahawa satu hari nanti saya akan mengahwini dan dan jelas mahu jawapan ‘ya’ darinya”, jelas Cena lagi.
Pasangan itu bercinta sejak 2012 selepas Cena berpisah dengan kekasihnya lama dikenalinya sejak kecil, Elizabeth Huberdeau.
Tahniah John Cena & Nikki!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LAKONAN JACOB ELORDI DI FRANKENSTEIN MENARIK MINAT RAMAI
The it boy, Jacob Elordi menyerlah di dalam filem terbarunya, Frankenstein yang kini ditayangkan di Netflix.
REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™
Rexona Malaysia melangkah ke pentas global sebagai Penaja Rasmi FIFA World Cup 2026™, meraikan semangat bola sepak dengan Rexona.
5 PRODUK GROOMING LELAKI YANG MENJADI ‘HOLY GRAIL’ BUAT LELAKI
Bagi lelaki yang tahu nilai gaya dan keyakinan diri, memiliki produk grooming yang betul ibarat menemui holy grail peribadi.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
GLAM LELAKI NOV 2025
Istimewa November 2025, GLAM Lelaki tampilkan generasi kini, The Hypemakers yang mendominasi industri masing-masing dengan kekuatan bakat mereka yang tiada tandingan. Pautan berkaitan: GLAM LELAKI OKTOBER 2025














