JOHNNY DEPP AKHIRNYA KEMBALI SEBAGAI JACK SPARROW?
Johnny telah menggalas watak Kapten Jack Sparrow dalam lima filem Pirates Of The Caribbean sejak 19 tahun lalu sebelum namanya digugurkan kerana dituduh melakukan keganasan rumah tangga terhadap Amber Heard.
Selepas sebulan memenangi saman fitnah menentang bekas isterinya, muncul satu berita yang mengatakan Disney telah membuat permohonan maaf kepada Johnny dan menawarkannya sebanyak RM1.3 bilion untuk menghidupkan kembali watak ikonik itu.
“Disney telah menghasilkan sebuah draf untuk filem mengenai Jack Sparrow, justeru mereka meletakkan harapan yang besar agar Johnny Depp dapat memaafkan mereka dan menerima tawaran itu,” jelas sumber.
Bapa kepada dua cahaya mata itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di mahkamah bahawa dia tidak akan kembali menggalas watak Jack Sparrow meskipun ditawarkan bayaran sebanyak RM1.3 bilion dan sejuta ekor alpaka.

Foto: Everett Collection
Foto: Everett Collection
Pautan berkaitan: PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DALAM KES SAMAN FITNAH JOHNNY DEPP-AMBER HEARD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.











