JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
Menurut laporan, pelakon berusia 54 tahun itu selamat disatukan dengan aktres Gilded Age, Nicole Brydon Bloom pada hujung minggu lalu di Tulum, Mexico.
Walaupun tidak berkongsi sebarang gambar bersama peminat, TMZ memuat naik beberapa foto yang menunjukkan pasangan itu menari di tepi pantai dalam persalinan pengantin.

Foto: TMZ
Justin dan Nicole, 30, dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak Februari 2023. Mereka dirakam bersama buat kali pertama pada acara Netflix di kelab sosial Zero di New York.
Spekulasi percintaan pasangan itu tersebar beberapa bulan kemudian selepas foto mereka berkucupan ketika makan malam romantis di Manhattan seterusnya di luar gimnasium di New York menjadi tular. Mereka membuat penampilan pertama sebagai pasangan kekasih di parti Oscar Vanity Fair pada Mac 2024.
TANDA CINTA JUSTIN THEROUX BUAT NICOLE BRYDON BLOOM
Pasangan ini dilaporkan mengikat tali pertunangan pada awal September tahun lalu namun tarikh sebenar tidak didedahkan. Justin melamar Nicole dengan sebentuk cincin istimewa yang ditempah khas daripada pereka barang kemas Stephanie Gottlieb.
Tanda pertunangan itu menampilkan berlian 4-karat berpotongan zamrud yang disemat pada cincin platinum bertatahkan emas kuning 18-karat.
Cincin itu juga mempunyai perincian istimewa: Gabungan batu bulan kelahiran pasangan itu iaitu Peridot (Ogos) dan Aquamarine (Mac) sebagai penyatuan hati mereka. Justin dilahirkan pada bulan Ogos manakala Nicole pada bulan Mac.

Foto: WireImage
Pelakon Leftovers itu pernah bergelar suami kepada aktres Jennifer Aniston pada 2015. Malangnya perkahwinan itu hanya bertahan tiga tahun dan mereka sah bercerai pada 2018.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: BARU TIMANG CAHAYA MATA, HENRY CAVILL & NATALIE VISCUSO BAKAL BERKAHWIN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.
KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER
Baru sebulan berpisah dengan Austin Butler, Kaia Gerber dilaporkan telah pun memiliki kekasih baharu yang juga aktor popular.