KAIA GERBER SUDAH TEMUI PENGGANTI AUSTIN BUTLER
Baru sebulan berpisah dengan Austin Butler, Kaia Gerber dilaporkan telah pun memiliki kekasih baharu yang juga aktor popular.
Pada 30 Januari lalu, model dan aktres itu dilihat menyertai makan malam sempena ulang tahun kelahiran Lewis Pullman di Salazar, Los Angeles. Mereka turut ditemani bapa Lewis yang juga pelakon terkenal, Bill Pullman.
Menurut sumber, mereka tiba dan meninggalkan restoran itu bersama-sama sambil berpegangan tangan. Kedua-duanya kelihatan begitu mesra dan bahagia.

Foto: TheImageDirect.com

Foto: TheImageDirect.com
Apa yang mengejutkan, pasangan itu dilaporkan sudah bercinta selama beberapa bulan, walaupun berita perpisahannya dengan Austin baru diketahui sebulan lalu.
“Kaia dan Lewis sudah agak lama menjalin hubungan, sejak awal Disember 2024. Mereka merahsiakannya sehinggalah berita perpisahan Kaia dengan Austin tular. Kedua-duanya berpisah pada bulan Oktober 2024,” menurut sumber terdekat.
Hubungan Kaia Gerber & Austin Butler Hanya Bertahan Tiga Tahun
Awal tahun ini industri hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan Kaia dan Austin yang dianggap sebagai salah satu pasangan ideal di Hollywood.
Menurut laporan TMZ, keputusan untuk mengakhiri hubungan selama tiga tahun itu dibuat bersama dan tiada dendam wujud antara mereka.
Kaia dan Austin mula dikaitkan bersama pada Disember 2021, sebulan selepas model itu berpisah dengan Jacob Elordi. Perhubungan mereka direstui rakan-rakan Kaia yang gembira melihatnya bahagia.
Sejak itu Austin dan Kaia sering dilihat meluangkan masa bersama di Los Angeles. Bagaimanapun mereka hanya membuat kemunculan awam pertama sebagai pasangan kekasih pada Mac 2022.

Foto: Getty Images
Walaupun pasangan itu kerap dilihat menyokong kerjaya satu sama lain, mereka jarang berkongsi perihal perhubungan kepada media.
Bagaimanapun khabar angin perpisahan mula bertiup kencang pada Oktober 2024 selepas peminat menyedari mereka tidak muncul bersama sejak hari ulang tahun kelahiran Austin pada bulan Ogos. Gosip itu terpadam selepas mereka keluar menikmati makan malam bersama beberapa hari kemudian.
Selepas menjamu selera, pasangan itu dilihat pergi ke Radio City Music Hall untuk menikmati konsert Gracie Abrams. Dan itulah kali terakhir kedua-duanya dilihat bersama.
Foto: The Cut
Pautan berkaitan: LUANG MASA BERSAMA, SOFIA VERGARA & LEWIS HAMILTON DILAMUN CINTA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEINTIMAN PEDRO PASCAL & JENNIFER ANISTON MENGUJAKAN PEMINAT
Spekulasi percintaan antara Pedro Pascal dan Jennifer Aniston bertebaran. Adakah dunia bakal menyaksikan sepasang lagi ‘power couple Hollywood’ dilahirkan?
FOTO ROMANTIS TOM CRUISE & ANA DE ARMAS MENGUNDANG PERHATIAN
Aktor Top Gun dan aktres Blonde itu dirakam bersama pada Jumaat lalu selepas tiba di London Heliport menaiki helikopter.
JUSTIN THEROUX AKHIRI ZAMAN DUDA DENGAN NICOLE BRYDON BLOOM
Hampir sepuluh tahun menjalani kehidupan tanpa kehadiran isteri di sisi, Justin Theroux akhirnya kembali bergelar suami.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.
KEDIAMAN NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN BERNILAI RM21 JUTA DIPECAH MASUK
Pasangan selebriti terkenal, Nicole Kidman dan Keith Urban berdepan ujian selepas rumah agam mereka di Beverly Hills, California diceroboh perompak.
TOM CRUISE & ANA DE ARMAS: POWER COUPLE HOLLYWOOD TERBARU?
Industri hiburan dikejutkan dengan spekulasi percintaan tidak dijangka selepas Tom Cruise dan Ana de Armas dirakam meluangkan masa bersama di London.