KASARI BAKAL IBU MENTUA, ZAYN MALIK DISABIT EMPAT KESALAHAN JENAYAH
Nama Zayn Malik hangat menjadi perbualan di media sosial setelah didakwa mengasari ibu Gigi Hadid, Yolanda.
Beberapa hari lalu, Yolanda Hadid mendakwa Zayn melemparkan kata-kata kesat dan menyerang dirinya sebelum dia bertindak membuat laporan polis. Penyanyi berusia 25 tahun itu kemudian dikenakan empat tuduhan jenayah di mahkamah.
Zayn mengaku tidak bersalah dan menafikan tuduhan tersebut, namun menurut apa yang tertera dalam dokumen mahkamah, dia “menolak tubuh Yolanda ke almari sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan penderitaan mental.”
Selepas membuat pengakuan ‘no contest’ iaitu menerima sabitan tanpa mengaku bersalah, penyanyi ini dikenakan denda dan perlu menghadiri kelas pengurusan amarah serta program keganasan domestik. Dia juga dilarang menghubungi atau bertemu ibu kepada tiga supermodel ternama itu.

Foto: Sara Jaye Weiss/Shutterstock
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.
GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER
Supermodel Gigi Hadid akhirnya terbuka hati untuk berkongsi perihal percintaannya kepada dunia.