Skip to content

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Kongsikan artikel ini

Vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson sudah pun menyulam cinta selama tujuh tahun.

Baru-baru ini tular berita yang mengatakan bahawa pasangan itu telah pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Namun hakikatnya berita itu tidak benar.

Menurut jurucakap Dakota, walaupun hubungan pasangan itu ada pasangan surutnya, mereka masih lagi bergelar kekasih. “Laporan yang tular itu palsu. Mereka sangat bahagia bersama,” katanya.

Pasangan itu jarang berkongsi mengenai perhubungan mereka kepada umum. Namun Jun lalu Dakota dilihat hadir ke festival muzik Glastonbury di United Kingdom untuk memberi sokongan kepada Chris.

Chris Martin, Dakota Johnson

Foto: TheImageDirect.com

Satu sumber memberitahu ada melihat pasangan itu di Helsinki, Finland pada dua minggu lalu. Dakota dikatakan membantu pembikinan video lagu baru Coldplay, Feels Like I’m Falling In Love.

Garis Masa Percintaan Chris Martin Dan Dakota Johnson

Pasangan ini mencetus spekulasi pertunangan pada 2020. Mereka mula menjalin hubungan romantis sejak 2017, setahun selepas Chris sah bercerai dengan isterinya, Gwyneth Paltrow.

Aktres berusia 34 tahun itu pernah mendedahkan perhubungannya yang low profile namun bahagia dengan Chris dalam satu wawancara bersama ELLE UK.

“Kami telah bercinta selama beberapa tahun, dan kadangkala ada juga keluar berjanji temu. Namun kami sama-sama sibuk bekerja, jadi saya dan Chris lebih suka luangkan masa bersantai di rumah dalam suasana privasi,” ujarnya.

Bapa Dakota, Don Johnson pernah meluahkan rasa kagum terhadap Chris manakala Gwyneth pula telah memberi ‘lampu hijau’ kepada Dakota untuk menjadi ibu tiri kepada anak-anaknya.

Gwyneth Paltrow, Dakota Johnson

Foto: Instagram

Chris dan Gwyneth bergelar suami isteri selama 10 tahun. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Apple, 20 dan Moses, 18.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FOTO WAJAH ANAK KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN

FOTO WAJAH PUTERI KELIMA FIZZ FAIRUZ MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

TINJAU RUMAH AGAM MEWAH BAHARU MILIK DAVID BECKHAM & VICTORIA

Bacaan Lanjut
ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ED WESTWICK BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut
KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

KEMUNCULAN TOM HOLLAND & ZENDAYA DALAM PERSALINAN SEDONDON MENCURI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

KEBENARAN MENGENAI PERCINTAAN ANGELINA JOLIE & AKALA

Bacaan Lanjut
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER

Bacaan Lanjut