Skip to content

KELUAR MAKAN MALAM BERSAMA, ADA APA DENGAN LIAM HEMSWORTH & KAIA GERBER?

KELUAR MAKAN MALAM BERSAMA, ADA APA DENGAN LIAM HEMSWORTH & KAIA GERBER?

Kongsikan artikel ini

Kemunculan terkini Kaia Gerber di sebuah restoran mencetus spekulasi perpisahannya dengan Austin Butler.

Baru-baru ini model dan aktres itu menikmati makan malam bersama aktor tampan Liam Hemsworth tanpa kehadiran teman lelakinya di sisi.

Dalam foto yang berjaya dirakam paparazi, Kaia dilihat berada di restoran mewah Ralph Lauren, The Polo Bar di New York City sekitar jam 9 malam. Namun dia tidak bersendirian dengan Liam malam itu kerana mereka turut ditemani pelakon Lonely Planet, Laura Dern.

Kaia Gerber

Foto: Probe-Media for PageSix.com

Liam Hemsworth kaia gerber

Foto: Probe-Media for PageSix.com

Bagaimanapun dapat dipastikan apakah status perhubungan mereka yang sebenar pada ketika ini.

Hati Kaia Gerber Masih Milik Austin Butler

Walaupun kali terakhir Kaia dan Austin dilihat bersama adalah pada bulan Ogos, Page Six mengesahkan percintaan mereka baik-baik saja.

Austin sepatutnya menyertai mereka untuk makan malam bersama namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana ‘tersangkut’ di set penggambaran filem terbaru.

“Dia menjalani penggambaran filem arahan Darren Aronofsky selama berjam-jam dan tidak dapat hadir pada malam ini,” kata sumber terdekat kepada media.

Austin Butler

Foto: TheImageDirect.com

Pelakon berusia 33 tahun itu sememangnya sedang sibuk dengan filem baru bergenre seram jenayah yang diberi judul Caught Stealing. Kelibatnya dirakam di set penggambaran baru-baru ini dengan wajah disolek putih dan kesan darah melekat di leher.

Dalam filem itu Austin memainkan watak bekas pemain besbol yang terjerumus ke dalam dunia jenayah di New York pada tahun 90-an. Caught Stealing turut dibintangi oleh Bad Bunny, Zoe Kravitz, Matt Smith, Liev Schreiber dan Regina King.

 

Foto: Probe-Media for PageSix.com

Pautan berkaitan: AUSTIN BUTLER AMBIL ALIH PERANAN JOHNNY DEPP DALAM PIRATES OF THE CARIBBEAN?