Skip to content

KENALI 6 KUMPULAN GEN 5 BAWAH NAUNGAN HYBE ENTERTAINMENT

KENALI 6 KUMPULAN GEN 5 BAWAH NAUNGAN HYBE ENTERTAINMENT

Kongsikan artikel ini

HYBE Entertainment telah melahirkan banyak kumpulan berbakat dalam dunia K-Pop, termasuklah dalam kalangan Gen 5. 

Gelombang K-Pop Gen 5 (5th Generation) terus memperlihatkan evolusi industri muzik Korea dengan kemunculan kumpulan-kumpulan baharu yang membawa identiti tersendiri. Di bawah payung HYBE, kumpulan Gen 5 mereka mencuri perhatian peminat global menerusi konsep kreatif, muzik segar dan prestasi yang memberangsangkan sejak debut. Daripada kumpulan lelaki yang mengetengahkan imej remaja sehinggalah kumpulan wanita dengan konsep unik, semuanya menjadi kehebatan kumpulan ini.

Berikut lima kumpulan Gen 5 di bawah naungan HYBE yang sedang membentuk masa depan K-Pop.

#1 BOYNEXTDOOR

Debut pada tahun 2023 di bawah KOZ Entertainment, BOYNEXTDOOR merupakan kumpulan lelaki yang dianggotai oleh Sungho, Riwoo, Jaehyun, Taesan, Leehan dan Woonhak. Diterbitkan dengan sentuhan kreatif penerbit dan artis terkenal Zico, BOYNEXTDOOR dikenali dengan konsep boy next door. Mereka menampilkan kisah kehidupan harian, cinta dan persahabatan menerusi muzik pop yang santai serta mudah didekati. Mereka pantas mendapat perhatian menerusi lagu seperti One and Only, But Sometimes dan IF I SAY, I LOVE YOU.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOYNEXTDOOR (@boynextdoor_official)

#2 TWS

TWS merupakan kumpulan lelaki pertama yang diperkenalkan oleh PLEDIS Entertainment selepas kejayaan SEVENTEEN. Dianggotai oleh Shinyu, Dohoon, Youngjae, Hanjin, Jihoon dan Kyungmin, kumpulan ini membuat debut pada tahun 2024 dengan lagu Plot Twist yang menjadi fenomena di Korea Selatan. TWS memperkenalkan identiti muzik yang digelar boyhood pop, mengetengahkan elemen remaja, persahabatan dan nostalgia yang dekat dengan generasi muda. Fenomena angtal challenge dari lagu Overdrive juga hadir dari mereka sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TWS (투어스) (@tws_pledis)

#3 ILLIT

ILLIT lahir menerusi program realiti R U Next? sebelum membuat debut pada tahun 2024 di bawah BELIFT LAB, seperti ENHYPEN. Kumpulan yang dianggotai oleh Yunah, Minju, Moka, Wonhee dan Iroha ini mencipta fenomena global menerusi lagu debut Magnetic. Ia menjadi antara lagu K-Pop terpantas memasuki carta antarabangsa. Dengan konsep yang menggabungkan elemen dreamy, youthful dan trendy, ILLIT muncul sebagai antara kumpulan wanita generasi kelima paling menonjol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ILLIT 아일릿 (@illit_official)

#4 CORTIS

CORTIS merupakan kumpulan lelaki Gen 5 terbaharu di bawah BIGHIT MUSIC yang diperkenalkan sebagai antara wajah baharu HYBE. Dengan barisan ahli yang masih muda serta konsep yang menggabungkan persembahan berprestasi tinggi dan muzik moden, CORTIS menjadi antara debut paling dinantikan peminat K-Pop. Kehadiran mereka turut memperkukuhkan lagi portfolio artis HYBE dalam melahirkan bakat baharu untuk pasaran global. Mereka juga lebih menyerlah kerana bakat mencipta lagu dan tarian sendiri. REDRED, FaSHioN, ACAI dan GO! antara ciptaan terhangat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CORTIS (@cortis)

#5 &TEAM

Walaupun berpusat di Jepun, &TEAM turut menjadi sebahagian daripada keluarga HYBE menerusi YX LABELS. Kumpulan ini dianggotai oleh sembilan ahli iaitu K, Fuma, Nicholas, EJ, Yuma, Jo, Harua, Taki dan Maki. Debut pada penghujung 2022, &TEAM terus berkembang sebagai antara kumpulan yang sering dikaitkan dengan generasi kelima kerana pengaruh mereka yang semakin meluas dalam pasaran global. Mereka terkenal dengan konsep yang menampilkan tema hubungan, perkembangan diri dan semangat berpasukan menerusi lagu seperti War Cry, Samidare dan Go in Blind.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by &TEAM (@andteam_official)

#6 KATSEYE

KATSEYE merupakan kumpulan wanita global hasil kerjasama HYBE dan Geffen Records yang dibentuk menerusi program realiti The Debut: Dream Academy. Dianggotai oleh Daniela, Lara, Manon, Megan, Sophia dan Yoonchae, KATSEYE membuat debut pada tahun 2024 dengan single Debut. Mereka kemudian meraih perhatian antarabangsa menerusi lagu seperti Touch dan Gnarly. Berbeza daripada kumpulan K-Pop tradisional, KATSEYE menggabungkan ahli dari pelbagai negara serta mengetengahkan konsep pop global yang dipadankan dengan sistem latihan dan produksi ala K-Pop, sekali gus menjadikan mereka antara kumpulan paling unik dalam portfolio HYBE.

Dengan barisan artis yang pelbagai dari Korea Selatan dan antarabangsa, HYBE terus membuktikan komitmennya dalam membentuk masa depan industri K-Pop. Setiap kumpulan tampil dengan identiti, konsep dan warna muzik yang berbeza, sekali gus memperlihatkan strategi HYBE dalam memenuhi cita rasa peminat global yang semakin pelbagai.

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU K-HIPHOP MENGUASAI PLAYLIST GLAM LELAKI 

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.