Skip to content

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2

KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX WEAK HERO CLASS 2

Kongsikan artikel ini

Drama bersiri Weak Hero Class 2 kini kembali untuk musim kedua, dengan situasi yang lebih intense dan aksi yang lebih hebat.

Dibintangi oleh Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook dan Hong Kyung, Weak Hero Class 2 menambah lagi pelakon-pelakon hebat, sambil Park Ji-hoon mengekalkan wataknya. Musim pertama berakhir dengan Ahn Suho (Choi Hyun-wook) berada di dalam keadaan koma selepas pergaduhan besar. Oh Beom-seok (Hong Kyung) dihantar keluar negara selepas masalah yang dilakukan olehnya dan Yeon Si-eun (Park Ji-hoon) pindah ke sekolah baharu. Di musim kedua, Park Ji-hoon bertemu dengan rakan-rakan baru yang bakal membantu kehidupannya setelah rakan baiknya, Suho jatuh koma. Mari kenali 7 pelakon yang menyertai musim kedua siri Netflix, Weak Hero Class 2.

#1 Park Ji-hoon

Kembali ke musim kedua, Park Ji-hoon memegang watak Yeon Si-eun yang merupakan watak utama siri ini. Memulakan kariernya sebagai pelakon kanak-kanak, Ji-hoon kemudian menyertai rancangan survival Produce 101 Season 2. Tular dengan gaya comel dan kenyitan matanya, Ji-hoon berjaya meraih tempat kedua dan debut bersama kumpulan K-pop WANNAONE pada tahun 2017. Selepas pembubaran WANNAONE pada tahun 2019, Ji-hoon menyambung karier muziknya sebagai penyanyi solo hingga dia mula berlakon semula pada tahun yang sama. Lakonan Ji-hoon dalam drama sulungnya, Flower Crew: Joseon Marriage Agency, lakonan Ji-hoon menjadi pujian ramai hingga dia mula fokus dalam karier lakonannya.

#2 Ryeo-un

Membuat kemunculan sulung pada tahun 2017 di dalam drama Temperature of Love, Ryeo-un menjadi salah seorang pelakon lelaki muda digemari era kini. Ryeo-un memegang watak Park Hu-min di dalam siri Weak Hero Class 2, seorang pelajar nakal yang kuat tetapi tidak suka bergaduh. Selain dari dua drama itu, Ryeo-un juga membintangi beberapa drama terkenal seperti 18 Again, Twinkling Watermelon, dan Doctor Prisoner. Pada tahun 2022, Ryeo-un memenangi anugerah Excellence Award, Actor in a Miniseries Romance/Comedy Drama di acara SBS Drama Awards 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 려운 (@_ryeoun)

#3 Choi Min-yeong

Terkenal dengan wataknya sebagai Dae dalam siri Amerika Netflix XO, Kitty, Min-yeong kembali ke industri lakonan Korea Selatan. Sebelum memegang watak Dae, Min-yeong sebenarnya sudah membintangi beberapa drama Korea Selatan sebagai watak sokongan. Antara drama lakonannya ialah The Promise, Twenty-Five Twenty-One, Itaewon Class dan Mr. Sunshine. Min-yeong memegang watak Seo Jun-tae di dalam siri Weak Hero Class 2, pelajar yang dibuli oleh Choi Hyo-man.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 최민영 (@choi_minyeong)

#4 Lee Jun-young

Seperti nama samarannya, Netflix’s son, sudah tentu Lee Jun-young membintangi siri ini. Bermula sebagai seorang idol K-Pop, Jun-young berjaya menjadi seorang pelakon yang cukup versatil. Weak Hero Class 2 merupakan drama netflix ketiganya pada tahun 2025. Jun-young cukup dikenali sebagai watak Park Yeong-beom di dalam drama baharu, When Life Gives You Tangerine. Selain itu, Jun-young juga membintangi drama seperti Melo Movie, Mask Girl, Imitation, Class of Lie, Avengers Social Club dan banyak lagi. Sebelum menjadi seorang pelakon, Jun-young merupakan ahli termuda kumpulan K-Pop U-Kiss.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이준영 (@real_2junyoung)

#5 Yoo Su-bin

Wajahnya seringkali kelihatan di dalam drama-drama Korea Selatan, Yoo Su-bin membintangi Weak Hero Class 2 sebagai Choi Hyo-man. Walaupun wataknya merupakan seorang pembuli, dia bakal mengejutkan ramai. Yoo Su-bin membuat kemunculan sulungnya di dalam drama Prison Playbook pada tahun 2017. Selain itu, Su-bin juga membintangi drama hangat seperti Crash Landing On You, Start Up dan Big Mouth. Fun fact! Abangnya, Yoo Soo-min merupakan pengarah siri Weak Hero Class.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 유수빈 (@subinyu1106)

#6 Bae Na-ra

Bae Na-ra memegang watak Na Baek-jin, seorang pelajar contoh di sekolahnya, tetapi juga ketua kumpulan gangster yang diberi nama Union. Wataknya yang cukup intense mendapat perhatian ramai. Na-ra membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2013 di dalam muzikal berjudul Promise. Pada tahun 2023, dia mendapat perhatian ramai kerana wataknya dalam siri Netflix D.P menjadikannya scene stealer dalam siri itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 배나라 (@narajangvvv)

#7 Lee Min-jae

Karya pertama yang dilakonkan oleh Lee Min-jae merupakan pada tahun 2020 melalui drama Train. Di dalam Weak Hero Class 2, Lee Min-jae memegang watak Go Hyun-tak, rakan rapat kepada Park Hu-min. Walaupun baru 5 tahun di dalam industri, jejaka berumur 25 tahun ini sudah berlakon lebih dari 10 drama. Antara drama lakonannya yang hangat ialah Love All Play, Crash Course in Romance, Cheer Up dan The Golden Spoon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이민재 (@__minnjaee_)

Pautan Berkaitan: 10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

DOMINASI STRAY KIDS SEBAGAI DUTA JENAMA

Bacaan Lanjut
KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

KAI EXO TAMAT LATIHAN KETENTERAAN SELEPAS 2 TAHUN

Bacaan Lanjut
DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

DOMINIC FIKE, DUA LIPA & RAMAI LAGI KOLABORASI BERSAMA JENNIE

Bacaan Lanjut
KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 204 LAGU DI KOMCA

Bacaan Lanjut
10 LAGU K-POP DALAM CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC

10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN

Bacaan Lanjut
SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

SELEBRITI KOREA MENGGEGAR MILAN FASHION WEEK 2024

Bacaan Lanjut