Skip to content

KENALI AKTOR CHUCK BASS DARI GOSSIP GIRL, ED WESTWICK

KENALI AKTOR CHUCK BASS DARI GOSSIP GIRL, ED WESTWICK

Kongsikan artikel ini

Aktor Ed Westwick pernah menggegarkan internet suatu ketika dahulu dengan wataknya sebagai Chuck Bass dari siri Gossip Girls. 

Westwick membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan pada tahun 2006 menerusi filem Breaking and Entering. Dia mendapat tawaran untuk melakonkan watak ikoniknya, Chuck Bass pada tahun 2007 selepas muncul dalam filem Son of Rambow. Aktor dari London ini menggunakan loghat Amerika untuk wataknya sebagai Chuck. Loghat Amerika Westwick diinspirasikan daripada watak Carlton Banks dari The Fresh Prince of Bel-Air. Disebabkan kejayaan rancangan Gossip Girl, Westwick dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2008 oleh People, dan muncul pada tahun berikutnya dalam senarai “100 Paling Cantik” bersama seluruh pelakon Gossip Girl.

Westwick

Selain dari berlakon, Westwick juga aktif dalam bidang nyanyian. Westwick merupakan ahli kumpulan muzik British, The Filthy Youth. Kumpulan punk yang ditubuhkan pada tahun 2006 ini diilhamkan oleh Rolling Stones, The Doors, dan Kings of Leon. Lagu-lagu seperti “Come Flash All You Ladies” dan “Orange” pernah dipaparkan dalam episod Gossip Girl. Kumpulan ini terdiri daripada rakan senegaranya, Benjamin Lewis Allingham, Jimmy Wright, Tom Bastiani, dan John Vooght. Aktor ini juga merupakan vokalis kumpulan For You, yang melancarkan single pertama mereka, “Tailspin”, pada 15 Januari 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ed Westwick (@edwestwick)

Pada 29 Januari 2024, Westwick mengumumkan pertunangannya dengan pasangannya, Amy Jackson. Amy Jackson merupakan seorang pelakon Bollywood yang berasal dari British. Pasangan menawan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 23 Ogos 2024 yang lalu di London sebelum terbang ke Itali untuk menyambut perkahwinan mereka. Sambutan perkahwinan mereka diadakan di Amalfi Coast, Itali selama tiga hari. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ed Westwick (@edwestwick)

Pautan Berkaitan: Dari Model Ke Aktor Emily In Paris 4, Kenali Paul Forman