Skip to content

FD Idzham FD Iskandar

KENALI BAKAL SUAMI YAM TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH

Kongsikan artikel ini

Istiadat Perkahwinan Diraja, FD Idzham dan pasangan cinta hatinya Tengku Puteri Afzan berlangsung dari 22 hingga 25 Ogos.

Majlis Perkahwinan Diraja yang dinanti-nantikan, istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar akhirnya akan bersatu. Pengelola Bijaya Diraja Utama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya menyatakan bahawa majlis akad nikah akan berlangsung pada tarikh 22 Ogos di Istana Abdulaziz,Pahang. Diikuti dengan istiadat berinai untuk pasangan Diraja ini pada 23 Ogos.

SAKSIKAN DETIK PERKAHWINAN ANTARA AHLI PERNIAGAAN BERSAMA PUTERI KELIMA SULTAN PAHANG 

Istiadat Perkahwinan Diraja

Foto: teja_marketrj7 (Instagram)

Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya juga berkata, istiadat bersanding dijadualkan pada 25 Ogos, dan akan disiarkan secara langsung di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) serta di Tasik KotaSAS. Pelbagai acara istimewa akan diadakan di kedua-dua lokasi sepanjang majlis berlangsung. Menurut Pasar Sera, majlis ini akan ditayangkan di Padang MBK 1 untuk semua rakyat Pahang menyaksikannya.

FD Idzham

Foto: glomac_berhad (Instagram)

Puteri kelima Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan melangsungkan pernikahan dengan kekasih pilihan hatinya, yang merupakan seorang usahawan berjaya. FD Idzham, adalah anak sulung kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Zakaria.  Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor merupakan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad.

Istiadat Perkahwinan Diraja

Foto: kesultanan.pahang (Instagram)

Ayahanda YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah tampak emosional ketika melepaskan puteri kesayangannya. Beliau kelihatan mengesat air mata sambil memanjatkan doa agar perkahwinan puterinya dengan FD Idzham dipermudahkan oleh Allah SWT. Titah tersebut kemudiannya diteruskan oleh Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, adinda kepada putera kesayangan Pahang ini.

Fakta menarik mengenai bakal suami YAM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah:

  • FD Idzham adalah graduan Imperial College Business School, United Kingdom. Dia memilik Sarjana Sains – MS Inovasi, Keusahawanan & Pengurusan.
  • Kini, FD Idzhanm sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Kumpulan, Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.
  • Jejaka kacak ini juga aktif menyertai kerja amal dan FD Idzham merupakan salah seorang ahli Rumah Aman Children’s Home bermula dari tahun 2017.
  • Memiliki lesen penyelamat penyelam yang dikeluarkan oleh PADI.

Kredit: LinkedIn FD Idzham

Pautan Berkaitan: UNIQLO RAIKAN KEMERDEKAAN BERSAMA BUNGA DAN BINTANG