Skip to content

KENALI CRAZY RICH ASEAN BOBBY SAPUTRA

Kongsikan artikel ini

Nama Bobby Saputra, seorang figura konglomerat yang mengaku sebagai anak jutawan Indonesia, baru-baru ini menjadi bualan ramai di internet.

Setiap hantaran media sosialnya pasti trending kerana mempamerkan gaya hidup mewah seorang jutawan. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa nama sebenar di sebalik karakter fiksyen ialah Ben Sumadiwiria.

KENALI CRAZY RICH ASEAN BOBBY SAPUTRA

Siapakah Ben Sumadiwiria yang sebenar? 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ben Sumadiwiria (@supercoolben)

Siapakah dirinya? Adakah dia seorang private chef atau mungkinkah dirinya dia adalah karakter fiksyen,  anak jutawan yang mempamerkan kehidupan mewah?

Watak sebagai Bobby Saputra sering mencetuskan kontroversi dengan kandungan media sosial yang provokatif.
Menerusi media sosialnya, jejaka kacak ini sering mengaku sebagai anak kepada pemilik empayar jenama air mineral terkenal di Indonesia dan mempamerkan gaya hidup mewah ala “crazy rich” ASEAN.

Siapa sangka seluruh warga alam maya percaya bahawa Bobby Saputra adalah anak keturunan pemilik Aqua dari cara berpakaiannya. Sejumlah warganet menilai penampilannya yang kelihatan seperti old money membuahkan hasil untuk memperdaya pengikut akaun sosial miliknya.

Sejak kemunculannya watak fiksyen tersebut di media sosial, orang ramai curious dan mencari kebenaran siapakah sosok sebenar disebalik nama Bobby Saputra.

Ben Sumadiwiria ialah seorang chef yang terkenal dengan kulinari kini beralih arah menjadi pempengaruh. Ben Sumadiwiria yang terkenal kerana memasak untuk selebriti seperti Akon dan Adele, dan juga Presiden Timor Timur José Ramos-Horta.

Ben merupakan jejaka Eropah berketurunan Indonesia dan Cina serta dibesarkan di Jerman dan Eropah sebelum pulang ke republik Indonesia. Ben menjelaskan bahawa ibu bapanya juga dibesarkan di Eropah.

 

Dalam video podcast YouTube Bule GoVlog, Ben Sumadiwiria akhirnya mendedahkan asal usulnya. Beliau mengaku berasal daripada keturunan Indonesia-China tetapi dibesarkan di Jerman dan Eropah.

Sebelum dikenali sebagai Bobby Saputra, Ben aktif sebagai food vlogger di Instagram dan TikTok dengan akaun @Supercoolben. Dia pernah menjadi chef di Etihad.

Kini, Ben menggunakan persona ahli jutawan di media sosialnya, membayangkan kehidupan seorang anak Chindo konglomerat dan menghasilkan kandungan video berdasarkan persona tersebut.

 

Artikel berkaitan: SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”