Skip to content

Takluk: Lahad Datu

KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF

Kongsikan artikel ini

Pelakon filem Takluk Lahad Datu Eman Manan, 66 terus aktif dalam dunia lakonan, kekal komited selagi ia seiring dengan prinsip kepercayaannya.

Pelakon legenda tanah air, Eman Manan menegaskan bahawa tiada had umur dalam dunia lakonan baginya. Kata Eman, beliau berhasrat untuk meneruskan karier seni ini sehingga ke akhir hayatnya selagi masih diperlukan. Menurut pelakon yang kini berusia 66 tahun ini, beliau tidak melihat sebarang sebab untuk memperlahankan langkahnya, asalkan kerjaya tersebut tidak bertentangan dengan kepercayaannya.

3 FAKTA MENARIK EMAN MANAN YANG BARU-BARU INI MEMBINTANGI FILEM TAKLUK LAHAD DATU.

1. MEMENANGI PELAKON LELAKI TERBAIK

Eman Manan

Foto: @emanmananeman

Eman Manan memulakan langkahnya dalam dunia lakonan pada tahun 1984 menerusi filem Matinya Seorang Patriot arahan Dato’ Haji Rahim Razali ketika berusia 26 tahun. Melalui filem ini, beliau telah memenangi aunegrah Pelakon Lelaki Terbaik di Festivel Filem Malaysia Ke-5. Berikut merupakan senarai aunegrah yang dimenangi oleh beliau:

  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pertama, (Pelakon Filem Lelaki Popular)
  • Aunegrah Bintang Popular Berita Harian Ke-3, (Pelakon Filem Lelaki Popular)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-6, (Pelakon Filem Lelaki Popular)
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-6, (Bintang Paling Popular)
  • Festivel Filem Malaysia Yang Ke-10, (Pelakon Lelaki Terbaik)
  • Aunegrah Bintang Popular Berita Harian Ke-7, (Pelakon Filem Lelaki Popular)
  • Aunegrah Bintang Popular Berita Harian Ke-7, (Pelakon TV Lelaki Popular)
  • Festivel Filem Malaysia Ke-17, (Pelakon Lelaki Terbaik)
  • Aunegrah Skrin 2011, (Pelakon Lelaki Terbaik, Drama)
  • Aunegrah Seri Angkasa 2022, (Pelakon TV Lelaki Terbaik, Telefilem)

2.PERNAH BERKAHWIN BERSAMA OGY?

Fakta Menarik

Foto: @emanmananeman @kak_ogy (Instagram)

Pelakon Eman Manan pernah mendirikan rumah tangga bersama Ogy Ahmad Daud pada 23 Disember 1990. Perkahwinan mereka menjadi tumpuan meluas media ketika itu. Namun, selepas 13 tahun hidup bersama, pasangan ini memutuskan untuk berpisah dengan memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003.

@kool101my

“Sikit-sikit nak menikah dengan Eman Manan. Tak ada ke lelaki lain dalam dunia ni? Suka sangat nak jodohkan akak dengan mantan suami. Come on la. I level Michelle Yeoh.” – Fauziah Dato’ Ahmad Daud Catch Up Bicara Petang untuk Close Up Bersama Fauziah Dato’ Ahmad Daud di aplikasi Audio+! #BuletinFM #BicaraPetang #Haiza #HanifMiswan #Ogy #FauziahAhmadDaud #EmanManan #jodoh #MichelleYeoh

♬ original sound – Buletin FM – Kool 101

Menariknya, pada tahun 2022, Ogy berkongsi cerita menerusi sebuah program di Kool101My, di mana beliau mendedahkan bahawa Eman telah merisiknya kembali lima tahun yang lalu, namun pada ketika itu, Ogy belum bersedia. Pada tahun 2022, Eman sekali lagi merisiknya. Ogy turut menyatakan, “Jika pada usia 60 tahun saya tidak merebut peluang ini, saya mungkin akan menyesal di kemudian hari.”

3. USIA BUKAN PENGHALANG KINI KEMBALI BERLAKON!

@gscmoviesmy

“Tak cukup rampas tanah aku, masa aku pun kamu nak rampas?” – Raja Iskandar 🤨🔥 Kalau korang nak tengok full movie, jangan lupa untuk dapatkan tiket TAKLUK : LAHAD DATU sekarang! Angkut family dengan member korang sekali ok! 🫶🏻🔥 #TAKLUK #TAKLUKLAHADDATU #KisahBenarLahadDatu #MultimediaEntertainment #MultimediaFilmProductions #GSCMovies #Astro

♬ original sound – GSC Movies – GSC Movies

Eman Manan meluahkan rasa bangga dan kehormatan yang mendalam apabila membintangi filem Takluk: Lahad Datu arahan Zulkarnain Azhar, yang mengangkat peristiwa bersejarah dalam negara. Beliau menyatakan bahawa sebagai rakyat Malaysia, beliau mengikuti rapat insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, pada 11 Februari 2013, apabila pengganas Sulu menceroboh Kampung Tanduo.

Eman Manan

Foto: gscmovies (Instagram)

Eman menyifatkan peranannya dalam filem tersebut sebagai signifikan, walaupun ia adalah watak antagonis dengan bilangan babak yang tidak banyak. Beliau menegaskan bahawa watak ini sangat berbeza daripada peranannya sebelum ini, yang sering diangkat sebagai wira, pejuang, atau ahli agama. Menurut Eman, terlibat dalam filem yang menceritakan peristiwa besar seperti ini adalah satu penghormatan, dan beliau amat berbesar hati untuk menerima tawaran tersebut.

Pautan Berkaitan: SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

Bacaan Lanjut
Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut
Russell Crowe Gladiator 2

PENGGANTI RUSSELL CROWE UNTUK FILEM ‘GLADIATOR 2’ SUDAH DITEMUI

Bacaan Lanjut
SAG AWARDS 2021: MENDIANG CHADWICK BOSEMAN DINOBAT PELAKON LELAKI TERBAIK

SAG AWARDS 2021: MENDIANG CHADWICK BOSEMAN DINOBAT PELAKON LELAKI TERBAIK

Bacaan Lanjut