KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
Muncul kelibat Tengku Amir Nasser Ibrahim sepanjang Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, lantas timbul tanda soalan, siapa Tengku Amir Nasser Ibrahim sebenarnya?
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim adalah ahli keluarga dalam Pahang Royal Family.
Beliau merupakan anak angkat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang sekarang dan Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Amir dilahirkan pada 25 Ogos 1986. Beliau merupakan anak bongsu daripada sepuluh orang anak Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Tengku Amir juga merupakan anak bongsu ayahnya daripada isteri ketiganya, Czarina binti Abdullah.
Tengku Amir mempunyai seorang abang kandung, Tengku Arif Fahad, lahir pada 12 September 1984 dan seorang kakak perempuan, Tengku Chanela Jamidah yang lahir pada 20 Mei 1983.
KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG
Tengku Amir ialah cucu kepada Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah.
Pada tahun 1987, pada usia satu tahun, baginda telah diambil sebagai anak angkat oleh sepupunya iaitu Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk dijadikan anak angkat baginda.
Beliau dibesarkan bersama anak-anak Tengku Abdullah iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang sekarang.
Tengku Amir Nasser Ibrahim telah menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. Pada 21 Januari 2020, beliau dinaikkan pangkat menjadi Leftenan Kolonel.
Dua tahun kemudian, pada 7 April 2022, beliau dinaikkan semula menjadi Kolonel. Beliau kini berkhidmat sebagai Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.
Tengku Amir berkahwin dengan Yang Hormat Mulia Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz pada 19 Disember 2013.
Puteri Suraiya Afzan ialah puteri kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang merupakan sepupu pertama Tengku Amir.

Foto: Instagram/Tengku Panglima Raja
Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah yang berusia 8 tahun, Tengku Sulaiman Abdullah Shah yang berusia 5 tahun dan Tengku Nuh Muhammad Shah.
Pada 18 Ogos 2019, selepas pertabalan ayahanda angkatnya sebagai Sultan Pahang. Tengku Amir telah dikurniakan gelaran Tengku Panglima Raja.
Artikel berkaitan: Kenali Tengku Muhammad, Putera Diraja Pahang Yang Mencuri Perhatian Rakyat Semasa Kembara Borneo
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.
YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA
Perkara yang hebat datang kepada mereka yang menunggu. Yuna berjaya membuat 4000 penonton kagum di konsertnya, Yunaverse. Hit lamanya yang mendahului carta, kehadiran pentas yang memukau dan gerakan tarian yang memukau.
MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA
Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan di kalangan generasi sekarang.
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.