KIT HARINGTON PAMER SIX-PACK DI BELAKANG PENTAS SLAVE PLAY
Usaha keras bintang Game of Thrones, Kit Harington mengekalkan otot kekar selama bertahun-tahun nampaknya tidak menghampakan.
Baru-baru ini aktor berusia 38 tahun itu dilihat menayang tubuh sasa dan perut six-pack miliknya kala bergambar di belakang pentas teater West End, Slave Play.
Di Instagram, penulis drama Jeremy O. Harris memuat naik aksi pelakon itu sedang bersiap sedia mendapatkan suntikan IV di bilik persalinan Noël Coward Theatre di London. Dalam foto tersebut, Kit dilihat sedang berdiri sambil menyarung celana berwarna kelabu dan memegang cawan kosong.
Melihatkan kapsyen yang ditulis, nampaknya pelakon itu tidak menyedari fotonya dikongsikan di Instagram Story. “Kit pasti akan ‘bunuh’ saya kerana memuat naik gambar ini. Teruskan berkongsi supaya dia dapat maafkan saya,” tulis Jeremy.
Penampilan Terkini Kit Harington Mengujakan Peminat
Dan ya, foto itu telah beberapa kali dikongsikan di laman X malah netizen nampaknya sangat teruja dengan apa yang mereka lihat. “Kit Harington, lidah saya kelu, tidak mampu berkata-kata,” tulis seorang peminat manakala yang lain memberi komen, “Oh, saya akan terbang ke London sekarang juga.”
Bagaimanapun kemungkinan besar Kit tidak akan melihat fotonya itu dalam masa terdekat ini kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial.
Jeremy turut berkongsi beberapa foto sebalik tabir teater yang menerima pencalonan Tony Awards itu, termasuk gambar barisan pelakon bersama bintang pop Madonna.
Kit telah menggalas watak sebagai Jim dalam pementasan itu sejak 29 Jun lalu. Sebelum menerima tawaran itu, dia bimbang peranannya akan tenggelam di mata penonton dek reputasinya sebagai Jon Snow dalam Game of Thrones.
“Kit katakan kepada saya, ‘Saya tidak mahu teater ini menjadi Kit Harington dalam Slave Play’. Ini sebuah teater muzikal malah saya bukannya teraju utama’. Dia tahu pengaruh besar yang ada pada namanya dan bagaimana ia boleh mengalih perhatian penonton daripada teater itu jika tidak dikawal sebaiknya,” kata Jeremy dalam satu temu bual pada Februari lalu.
Bagaimanapun Jeremy berpegang teguh dengan keputusannya untuk mengambil Kit berlakon sambil menyaksikan kejayaannya.
“Beberapa minggu lalu ini sangat mengujakan. Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan saya tidak sabar mahu melakukannya sekali lagi,” tulisnya di media sosial.
Foto: TMZ
Pautan berkaitan: BAGAIMANA ROBERT PATTINSON BINA OTOT KEKAR UNTUK WATAK BATMAN?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.