Skip to content

KOLABORASI REMIX NAIM DANIEL & ALAN WALKER

Kongsikan artikel ini

JOOX Malaysia berkolaborasi bersama Naim Daniel dengan melancarkan rakaman semula serta remix ‘Believers’ oleh Alan Walker secara eksklusif.

Bak kata pepatah popular, muzik adalah bahasa sejagat. Oleh itu platform penstriman muzik dan hiburan popular Asia, JOOX membuktikan muzik boleh melangkaui sempadan dengan melancarkan kolaborasi global yang menyaksikan penyanyi lokal, Naim Daniel merakamkan semula dan remix eksklusif ‘Believers’. Kolaborasi single terbaharu Alan Walker itu turut menampilkan artis-artis dan penerbit muzik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Hong Kong.

“Bahagian terbaik dari rakaman semula ini adalah kami dibenarkan untuk mengubah lagu ini supaya bersesuaian dengan cita rasa peminat muzik Malaysia di sini. Sebagai contoh, kami menambahkan elemen seruling untuk memberikan nuansa dan suasana Nusantara. Saya sangat teruja dengan projek ini kerana ini julung kalinya saya berkolaborasi dengan Alan Walker dan lagu ini begitu dekat dengan saya kerana situasi wabak COVID-19 masa kini. Saya bersama dengan semua anak muda di luar sana yang mempunyai banyak harapan dan impian besar dalam hidup perlu menahan diri untuk sementara waktu ini kerana kita semua kini hidup dalam masa yang sangat sukar, dan oleh kerana itu apa yang perlu kita lakukan adalah untuk tetap PERCAYA,” kata Naim Daniel yang baharu berusia 23 tahun.

Beberapa bintang muzik Asia popular memulakan kerjasama ini dengan meletakkan gaya tersendiri mereka dalam lagu ‘Believers’, kini boleh didengarkan secara eksklusif di JOOX. Bakat muda Malaysia, Naim Daniel turut akan melancarkan versi remix beliau, yang pasti menyuntik keunikan nan tersendiri.

Saya sangat gembira dan teruja kerana generasi baru dunia muzik terus berkembang dan maju ke hadapan di mana pe minat muzik mempunyai kebebasan untuk memilih jenis muzik dan genre yang mereka gemari. JOOX adalah platform yang menyediakan pelbagai genre muzik dari seluruh dunia. Sebagai pengguna JOOX sendiri, saya dapat mengawal sepenuhnya muzik apa yang ingin saya dengarkan. Di tengah pandemik COVID-19, muzik masih tetap hidup dan berkembang kerana kita menggunakan bahasa yang sama dalam muzik ” tambah penyanyi yang terkenal dengan lagu hit seperti ‘Purnama’, ‘Sumpah’ dan ‘Sembah’ itu.

Pengguna JOOX juga boleh berseronok dengan cabaran #BelieversonBuzz yang dilancarkan oleh JOOX melalui filter Buzz yang sangat interaktif. Pengguna boleh merakamkan video yang mereka inginkan dengan remix ekslusif’ ‘Believers’ Alan Walker sebagai muzik latar dan membingkainya dengan pelekat eksklusif ‘Believers’ kerana video anda berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani oleh Alan Walker sendiri!

Peminat boleh mendengarkan rakaman semula dan remix ‘Believers’ secara eksklusif di JOOX Malaysia. Muat turun aplikasi mudahalih atau desktop JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman rasmi JOOX Malaysia.

Foto: JOOX Malaysia

Baca lebih lanjut: SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Glam Lelaki Fashion Party 2024

25 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024  

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
anugerah juara lagu

SIAPA BAKAL MENJUARAI TROFI ANUGERAH JUARA LAGU 2024? #AJL38

Bacaan Lanjut
FAZURA & AHMAD DHANI BAKAL TAMPIL DENGAN LAGU BERUNSUR KETUHANAN

FAZURA & AHMAD DHANI BAKAL TAMPIL DENGAN LAGU BERUNSUR KETUHANAN

Bacaan Lanjut
DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

Bacaan Lanjut