Skip to content

LAGU ELEKTROPOP DISEASE TARUHAN TERBARU LADY GAGA

LAGU ELEKTROPOP DISEASE TARUHAN TERBARU LADY GAGA

Kongsikan artikel ini

Penyanyi, penulis lagu dan aktres Lady Gaga muncul dengan buah tangan baharu, Disease buat para peminatnya.

Lagu bergenre elektropop ini ditulis oleh Gaga sendiri di samping Michael Polansky, Andrew Watt dan Cirkut. Penyanyi berusia 38 tahun ini juga dikredit sebagai penerbit bersama Andrew dan Cirkut.

Disease adalah single pertama daripada album studio ketujuh Gaga, yang pertama kali dikongsinya pada bulan Julai dan disahkan pada September sebelum tayangan perdana Joker: Folie à Deux. Album ini akan dikeluarkan pada Musim Bunga 2025.

Single Disease menceritakan tentang pengalaman merawat teman lelaki yang menghidap penyakit teruk. Antara bait liriknya berbunyi, “I could play the doctor / I can cure your disease / If you were a sinner / I could make you believe / Lay you don’t like 1, 2, 3 / Eyes roll back in ecstasy / I can smell your sickness / I can cure ya / Cure your disease.” 

Lady Gaga disease

Foto: YouTube

Karya Baru Lady Gaga

Gaga bercerita lebih lanjut mengenai album terbarunya dalam satu temu bual bersama majalah Vogue. “Saya rasa album baharu ini, dalam pelbagai cara, adalah berlatarkan waktu itu (Joker: Folie à Deux). Tetapi dari sudut kebahagiaan dan bukannya kesengsaraan.”

Pemilik nama Stefani Joanne Angelina Germanotta ini baru saja muncul dengan filem Joker: Folie à Deux yang kurang mendapat sambutan daripada penonton. Dia melancarkan sebuah album kejutan untuk Joker yang digelar Harlequin dan diinspirasikan daripada wataknya dalam filem itu.

Terdiri daripada lagu-lagu kegemaran klasik Amerika seperti Get Happy, That’s Life dan That’s Entertainment termasuk beberapa lagu asal, Harlequin debut pada tangga ke-20 dalam carta Billboard 200 secara keseluruhan.

 

Foto: Vogue

Pautan berkaitan: RM BTS UMUM PELANCARAN ALBUM SOLO RIGHT PLACE, WRONG PERSON