Skip to content

LEE ZII JIA TAMPIL JUARA ALL ENGLAND 2021

LEE ZII JIA TAMPIL JUARA ALL ENGLAND 2021

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Selepas Datuk Lee Chong Wei, Malaysia sekali lagi melahirkan bintang bertaraf dunia dalam sukan badminton, Lee Zii Jia.

Dua hari lalu, Zii Jia mengharumkan nama negara dengan menjuarai 2021 All England Open Badminton Championship buat kali pertama yang berlangsung di Birmingham, United Kingdom.

Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara ini menewaskan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 30-29, 20-22, 21-9. Kejayaan yang cukup manis selepas Axelsen mengalahkan Zii Jia pada aksi separuh akhir di pentas sama tahun lalu.

 

Foto: Facebook Perdana Menteri

 

Dia yang diletakkan selaku pemain pilihan keeenam kejohanan dilihat berjaya mengimbangi cabaran yang dilakukan oleh Axelsen untuk menang set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, Axelsen yang diletakkan sebagai pemain pilihan kedua mempamerkan kebangkitan untuk mengheret saingan ke set penentuan dengan keputusan 22-20.

Bersambung pada set penentuan, pemain ke-10 dunia ini tampil lebih cemerlang dan tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 21-9 yang memakan masa keseluruhan selama satu jam 15 minit.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 Filem Patriotik Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Bacaan Lanjut
Arya Saloka

5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG PELAKON ‘GADIS KRETEK’, ARYA SALOKA

Bacaan Lanjut
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON

Bacaan Lanjut

CUBA RESEPI MILO® INI SEMPENA KEDATANGAN PARK SEO-JUN KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA

TOM BRADY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA NFL BUAT SELAMANYA

Bacaan Lanjut
TOD’S X MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK

TOD’S X 8 MONCLER PALM ANGELS, KOLABORASI FESYEN YANG BIJAK

Bacaan Lanjut