Lifestyle Guru – Peter Davis
July 2, 2015

Sukan campuran seni mempertahankan diri atau Mixed Martial Arts (MMA) tidak lagi asing pada masyarakat tempatan. Tidak kira lelaki atau wanita, sukan ini menjadi ikutan pada masa kini dalam memantapkan daya ketahanan fizikal dan mental, langsung melatih kemahiran seni mempertahankan diri. Pelakon, model dan juga petarung profesional MMA, Peter Davis berbicara mengenai seni sukan mempertahankan diri yang dianggap merbahaya ini.
MMA adalah…
Sukan pertempuran yang punya pelbagai teknik atau jenis seni mempertahankan diri dalam satu perlawanan. Antaranya Jiu-jitsu Brazil, gusti, tinju, Muay Thai, judo dan semua jenis seni mempertahankan diri tidak kira tradisional atau moden. Kemahiran dalam menguasai pelbagai jenis seni bela diri memberi kelebihan buat petarung untuk bertempur di gelanggang.
Adakah ia membahayakan, apa komen anda?
Biarpun tampak lasak atau ganas di gelanggang tetapi ia tidak begitu merbahaya seperti yang digambarkan oleh sesetengah individu. Sukan ini membenarkan gabungan seni bela diri yang menarik serta teknik-teknik bergelut, baik sambil berdiri mahupun berbaring di lantai tetapi tidak dibenarkan memukul bahagian belakang kepala, alat sulit, memijak dan menggigit pihak lawan. Petarung juga boleh berhenti serta merta bagi menghindari daripada kecelakaan.
Pembabitan wanita dalam sukan campuran seni mempertahankan diri…
Sukan ini boleh dikatakan sebagai salah satu senaman yang memerlukan daya ketahanan tinggi. Agak mencabar tetapi bagus dalam memantapkan ketahanan fizikal dan mental sekali gus membina stamina yang kuat. Wanita perlu tahu seni mempertahankan diri kerana selama ini mereka dianggap lemah dan mudah diambil kesempatan.
Bagaimana boleh terjebak dalam sukan ini?
Saya mula aktif sekitar umur 20 tahun dan kini sudah hampir 13 tahun berkecimpung dalam seni bela diri walaupun jadual agak padat dahulu kerana tuntutan kerjaya dan komitmen dalam bidang lakonan mahupun peragaan. Saya masih aktif cuma tidak memberikan sepenuh perhatian dan memulakan karier secara profesional pada tahun 2012.
Siapakah menjadi inspirasi anda?
Tidak terikat pada seorang sahaja. Antara yang menjadi inspirasi adalah Anderson Silva kerana dia tampak tenang tika beraksi di gelanggang juga tidak terlalu tradisional. Mereka semua punya keunikan masing-masing dalam memberikan aksi yang tersendiri
Kelainan aksi anda dalam bertempur?
Aksi saya lebih cenderung kepada Wuji Chuan, seni bela diri jenis Kung Fu gaya bebas. Ianya lebih moden dan terarah kepada gaya perlawanan jalanan. Long jab and spinning kick, adalah gerakan kegemaran saya kala beraksi.
Perlawanan impian adalah dengan…
Shinya Aoki, petarung MMA berasal dari Jepun. Sememangnya dia petarung terbaik kelas dunia dan berada di dalam kelas yang sama seperti saya iaitu lightweight.
Mahu kerjanya dikenang kerana?
A pretty cool fighter and one of Malaysia’s best fighter.
 
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MIERUL AIMAN TURNS 27 TODAY! KETAHUI 10 PERKARA MENGENAI PELAKON MUDA DAN GL FAVOURITE BOY INI.
Mierul Aiman turns 27. Sempena hari ulang tahun ke-27 Mierul hari ini, ketahui 10 fakta menarik tentang bintang muda ini.
PERSONALITI FESYEN LELAKI PILIHAN GLAM LELAKI
Personaliti fesyen dalam kalangan lelaki semakin meningkat terumatanya dengan peningkatan penggemar fesyen dalam kalangan lelaki muda kini.
EMRAN RIJAL DISAMBUT SEBAGAI AYAH DENGAN HARUMAN IKONIK MONTBLANC LEGEND BLUE
Setiap lelaki dilakar oleh bab-bab kehidupan yang berbeza, daripada pencapaian kerjaya hingga kejayaan peribadi. Namun tiada yang dapat menandingi detik apabila seseorang lelaki menjadi seorang ayah buat kali pertama.
HELENA: SIAPA SEBENARNYA WANITA DALAM LAGU IKONIK MY CHEMICAL ROMANCE?
Buat para peminat tegar MCR, lagu ‘Helena’ My Chemical Romance sememangnya antara karya paling dikenali dan ikonik mereka. Diterbitkan pada tahun 2004 menerusi album ‘Three Cheers for Sweet Revenge’, lagu ini bukan sahaja melonjakkan nama band ke arus perdana, malah menjadi anthem rasmi bagi ramai remaja era emo. Namun, di sebalik lirik yang penuh emosi…
JANGKITAN HERPES DALAM PERKAHWINAN: LELAKI JANGAN AMBIL MUDAH!
Seks dalam perkahwinan tak selalu selamat jika abaikan penjagaan kesihatan seksual. Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dijangkiti penyakit herpes selepas melakukan seks oral terhadap suaminya. Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, terutama pasangan yang sudah berkahwin dan menganggap hubungan intim antara suami isteri adalah “selamat” secara automatik. Tetapi…
BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Lelaki hari ini bukan lagi hanya melepak di gim atau bersenam seminggu sekali. Dalam dunia serba sibuk, ramai yang mula mencari aktiviti yang boleh buat tubuh cergas dan jiwa rasa hidup semula. Masuklah dunia sukan ekstrem, aktiviti yang bukan saja cabar fizikal, tapi juga beri kepuasan luar biasa. Bayangkan: anda tergantung di dinding batu setinggi…