Self-confessed foodie, health enthusiast, pemilik firma reka bentuk dalaman juga sebuah kafe, arkitek jelita ini memegang pelbagai peranan! Ikuti bicara pengalamannya membesar dan bekerja di luar negara, dan  pendapat personalnya tentang lelaki.

Teks : Ardi Idewani Zaini
Penyelaras & Penata Gaya : Azreezal Hafidz
Gambar : Jason Lee
Katrina-Taib3

Kali terakhir saya melihat Katrina Taib, rasa-rasanya ketika dia ditampilkan dalam GLAM isu New Generation pada 2008. Di samping Fasha Sandha, Marini Ramlan dan Linawati Adnan. Seterusnya, saya mendengar dia ke Amerika Syarikat, meneruskan impiannya di sana. Putar masa ke tahun ini, dengar sahaja dia pulang ke Malaysia, saya agak teruja. Katrina’s back! Kerana kami pernah menyimpan hasrat untuk menyuntingnya dan mahu dipotretkan dalam ruangan ini. Katrina memiliki kejelitaan yang bagi kami agak ‘rare’, punya kerjaya dan berpersonaliti menarik. Sudah lama menyebut namanya, akhirnya berjaya juga melihat Katrina beraksi kembali.

Sayangnya, hari dia datang ke studio, saya tidak dapat menghadirkan diri atas urusan tertentu. Katrina menghabiskan separuh hari itu dengan editor saya. Selesai penggambaran, keesokannya saya berbual dengan editor saya tentang Katrina. “She’s fun. I love working with her,” kata editor saya. Saya sudah agak, kerana bukan editor saya sahaja, malah ramai kenalan saya yang pernah bekerja bersama Katrina mengatakan perkara yang sama. Mungkin tiada ‘jodoh’ kami bertemu. Namun, saya hanya dapat membalas mesejnya menerusi Whatsapp dan menghantarnya beberapa soalan melalui e-mel. “Maaflah, agak sibuk. Saya sedang mengerjakan projek terbaru dan harus terbang ke London. Last minute,” balas Katrina, nada rendah diri dalam Whatsapp.

Katrina-Taib

Ceritakan sedikit tentang diri kamu. Apa yang orang lain tidak tahu tentang Katrina?
I can eat a lot, especially bowls and bowls of Laksa Johor. Haha!

Rasanya, itu ‘special talent’ kamu? Selain daripada itu, apa lagi kebolehan kamu? Haha
Baiklah. Saya bekerja sebagai pereka hiasan dalaman dan arkitek. Saya founder kepada BILAMANA, firma rekaan dalaman yang saya tubuhkan pada 2013. I am an indoor cycling enthusiasts and oh, I’m a foodie. Juga, saya adalah co-founder Rubberduck Café.

Bagaimana pula tentang kamu sebelum-sebelum ini?
Saya dilahirkan di Kuala Lumpur tetapi menghabiskan masa muda saya di Hawaii dan bersekolah juga di sana. Saya juga seorang pencinta sukan dan kesihatan ketika muda dahulu. Saya pernah melibatkan diri dalam sukan menunggang kuda, atlet untuk sukan bola sepak, bola jaring, bola keranjang dan sukan trek. Tamat bersekolah di Hawaii, saya menyambung pelajaran dalam bidang seni bina di University of Southern California di Los Angeles dan kemudiannya berpindah ke London untuk bekerja di bawah Foster + Partners.

Kamu pulang ke Malaysia sekarang, untuk projek terbaru atau ‘back for good’?
Kembali ke sini untuk keluarga saya, mengembangkan perniagaan dan paling penting, membawa pulang pengalaman juga apa yang saya pelajari di luar negara untuk dikongsi dengan orang-orang di sini.

Saya tidak berpeluang untuk menanya kamu, semenjak kamu berhijrah ke luar negara. How’s U.S treating you?
Berhijrah ke sana banyak mengajar saya. Tentang kehidupan. Saya menghabiskan banyak masa di sana, di negeri yang berbeza-beza. It is my home away from home. It has a special place in my heart.

Jadi, tidak sukar ketika mula-mula bekerja di sana?
Saya hanya bekerja di New York. Ia memiliki tenaga yang sengit. It was pretty taxing living and working there. Harapan yang dipertaruhkan kepada saya daripada bekas firma juga cukup tinggi. Jadi ia juga menyumbang kepada tekanan untuk ‘survive’ di sana.

Adakah kamu lihat diri kamu seperti ‘Superwoman’?
Saya tidak pasti tentang ‘Superwoman’, tetapi saya melihat diri seorang yang ‘go-getter’. Saya memiliki senarai ‘To-Do’ yang saya akan rujuk sentiasa dan melihat sama ada setiap perkara itu saya tunaikan atau tidak.

Dan mengimbau kembali kehidupan kamu, ada perkara yang kamu mahu ubah? Pernah ada rasa kesal?
Saya puas hati dengan kehidupan saya selama ini. Tiada apa yang mahu dikesali lagi.

Katrina-Taib2

Gambarkan Katrina Taib dalam lima perkataan?
Bersifat ingin tahu, kreatif, rendah diri, setia dan loving.

Jika kamu bukan seorang arkitek atau pereka dalaman..?
Barangkali seorang atlet profesional.

Apakah yang menjadi inspirasi kamu? Dan motto?
Mengembara juga sebahagian daripada inspirasi saya. Dan motto kehidupan saya adalah ‘never be idle’.

Pesanan kamu kepada orang lain yang mahu menjadi seperti kamu kelak?
Sentiasa fokus, bijak dalam visualisasi, bekerja keras dan semua itu akan membawa kamu ke tahap yang kamu ingini.

Lelaki adalah…
Lelaki dari Marikh atau Muar… seperti ayah saya. Haha!

Kamu percaya dengan wanita tak perlukan lelaki dalam kehidupan mereka? Wanita boleh hidup tanpa lelaki?
Di mana-mana pun di dunia ini, lelaki adalah ‘status quo’ dan pembentuk peraturan. Tetapi seorang wanita sepatutnya tahu membuat keputusan sendiri, lebih-lebih lagi pabila menyentuh cara menentukan kehidupannya.

Cheesiest pick up line you’ve heard.
Oh! Pernah sekali ada lelaki memberitahu yang saya ini umpama, “a pearl… A brack pearl”. Di mana saya rasa dia maksudkan “black pearl”. Haha!

Baik, jika kamu seorang lelaki, apakah ayat manis yang kamu boleh fikirkan untuk diucapkan kepada seorang wanita?
Saya akan puji dengan memanggilnya cantik. Tetapi daripada dia berlalu pergi begitu sahaja, saya akan memberitahunya lagi, “Let me buy you a drink from this amazing place called Rubberduck.”

Kamu suka lelaki memakai boxers atau briefs?
Briefs. Seperti David Beckham.

Jadi, kamu lihat David Beckham sebagai lelaki paling seksi?
Ya, sudah tentu. Kerana tubuhnya penuh tatu dan dia nampak elok memakai apa sahaja sut.