Skip to content

MAS KHAN BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

MAS KHAN BAKAL AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

Kongsikan artikel ini

Selepas setahun menutup pintu hati buat mana-mana wanita, kebahagiaan akhirnya menjadi milik Mas Khan.

Baru-baru ini pelakon berusia 30 tahun itu mengesahkan bahawa dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan. Wanita yang berjaya mencuri hatinya adalah Anatasha Diana, ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung secara tertutup di sebuah restoran pada 13 Julai 2024. Hari bahagia mereka turut diraikan oleh ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat. Pihak lelaki mengenakan tema hitam putih manakala pihak perempuan memilih warna hijau.

Pada majlis pertunangan, kedua-dua pihak menyerahkan lima dulang hantaran dan sepakat untuk disatukan sebagai suami isteri pada 25 Mei 2025. Pemilik nama Mas Hidzhir Khan ini turut memuat naik sebuah video pada majlis tersebut buat tatapan peminat.

Mas Khan

Foto: Murai MY

“Attention everyone! Mas Khan has left the building…and the market! As of July 13, 2024, I’m enggaged!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Episod Perkenalan Mas Khan & Anatasha Diana

Menurut aktor Misteri Dilaila ini, perhubungan mereka terjalin sejak lima bulan lalu. Mereka berkenalan ketika Mas Khan sedang mencari seorang jurulatih untuk mengajarnya menyelam.

“Selain bekerja sebagai pramugari, Anatasha juga bergelar tenaga pengajar selam skuba. Jadi ketika mahu ambil lesen skuba, saya minta dia mengajar saya. Sejak itu kami berkenalan dan akhirnya sepakat untuk melangkah ke fasa pertunangan.

“Sebelum ini saya memang tak beri ruang pada mana-mana wanita untuk mengenali saya secara dekat. Ini kerana saya pernah bertunang namun akhirnya perhubungan kami tidak berjalan dengan baik,” katanya menurut Harian Metro.

Mas Khan Anatasha Diana

Foto: Harian Metro

Walaupun ada mengenali beberapa wanita selepas putus pertunangan, jelasnya ia tidak serius dan hanya sekadar kawan. Sehinggalah hatinya terbuka untuk menerima Anatasha.

“Entah mengapa Anatasha cukup istimewa dan saya terus jatuh cinta dengannya. Saya suka keperibadiannya yang pandai memasak dan bertanggungjawab. Kami juga berkongsi cerita yang sama kerana masing-masing menjaga ibu.

“Malah kami selalu berkongsi masalah bersama. Saya nampak bagaimana dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak dan tidak pernah mengharapkan lelaki untuk hidup,” tambahnya.

Sebelum mengenali Anatasha, Mas Khan pernah menjalin hubungan dengan usahawan Diana Nasimuddin dan dilaporkan bertunang pada November 2021. Bagaimanapun dia mengesahkan sudah kembali solo pada awal tahun lalu.

 

Foto: Harian Metro/Instagram

Pautan berkaitan: AKHIRI ZAMAN BUJANG, AIMAN TINO PILIH SYARAH HAIFA SEBAGAI SURI HATI