MATTHEW WILLIAMS; THE NEW CULT OBSESSION
Tahun lalu selepas Givenchy mengumumkan pengarah kreatif baru mereka, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu. Matthew Williams muncul sebagai hero baru Givenchy menggantikan tempat Clare Waight Keller. Perletakannya sebagai Pengarah Kreatif Givenchy yang baru membawa angin lain buat jenama dibawah naungan LVMH ini. Selepas berjaya mempersembahkan dua koleksi, sudah nampak hala tuju Givenchy yang baru. Lebih street dengan campuran sportwear tetapi dibuat cukup mewah. Ini adalah informasi tentang Williams yang menarik!
Dibesarkan di Pismo Beach, California lalu tidak mustahillah illiams memiliki minat dalam aktiviti lasak seperti bermain skater. Minat fesyen membuah kerana menghabiskan masa di kelab malam dan sering bertukar karakter mengikut mood. Lalu dia mencuba nasib untuk mendaftar diri ke Parsons School of Design, namun aplikasinya ditolak. Usahanya untuk belajar tentang fesyen terus marak dan dia ambil keputusan untuk bekerja sebagai pereka kostum. Bermula sebagai pereka kostum buat Kanye West dan selepas itu menjawat jawatan sebagai Pengarah Kreatif kepada Lady Gaga. Dia bertanggungjawab dalam menjaga hala tuju seni kostum Lady Gaga.
Setelah lama hidup bergaji, pada 2015 Williams ambil keputusan untuk melancarkan koleksi sendiri yang diberinama 1017 Alyx 9SM. Ia adakah akronim yang didedikasikan olehnya sendiri. 1017 adalah tarikh lahirnya yakni Oktober 17, Alyx pula adalah nama anak sulungnya manakala 9SM adalah lokasi studio pertamanya di 9 St Mark’s Place yang terletak di East Village, New York. Pada usia setahun jagung, jenama Alyx berjaya menjadi sebahagian penerima akhir buat 2016 LVMH Prize for Young Fashion Designers. Sejak daripada itu namanya terus menjadi bualan serta kegemaran individu penting fesyen seperti Kim Jones. Pengarah Kreatif Dior Men itu menjemput Alyx untuk mereka gancu buat aksesori Dior.
Pada Jun 2020, Matthew Williams diberikan tugasan baru. Dia kini sebaris bersama mentor dan sahabat baiknya, Kim Jones. Watak Williams yang baru adalah untuk mengemudi jenama LVMH yang misteri dan kelam, Givenchy. Koleksi pertamanya sudah menggegarkan Paris dek kerana rekaan yang lebih bersih dan ditambah perincian dempak yang bersifat futurism.
“You find the pieces of the puzzle for a collection, building it from symbols and signs, but never forgetting the reality of the person who will wear it and bring it to life. The women and men should be powerful and effortless, equal and joyful, a reflection of who they really are – only more so. It’s about finding the humanity in luxury,” Matthew Williams tentang koleksi Givenchy musim bunga 2021.
Pautan berkenaan: KENALI SONNY HALL, MODEL BERJIWA PUITIS DAN BIJAK BERGAYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MINYAK WANGI TERKINI PILIHAN LELAKI ALPHA
Setiap bulan, barisan wangian lelaki hadir dengan aroma yang lebih intensif! Ini 5 minyak wangi pilihan lelaki Alpha.
@YUNGYASIR
Siapakah @yungyasir? Anak muda ini menyimbolkan identiti Gen Z yang sebenar. Experimental dalam fesyen antara sifatnya. @yungyasir is the new face to watch.
WAJAH FESYEN MUSIM BUNGA 2021
Musim baharu, wajah baharu. Kempen fesyen musim bunga 2021 mempertaruhkan wajah baharu sebagai penghias kempen. Siapakah wajah melatari musim ini?
VIRTUAL PARTY JADI AGENDA AKHIR TAHUN
Virtual party is a thing now. Terokai tip gaya yang perlu diamalkan sewaktu berhibur secara virtual sempena musim perayaan.
STAIL DEKAD BARU
Look musim bunga/panas 2020 membuahkan satu inspirasi dalam pada menyinggahi stail dekad baru. Gaya yang lebih versatil dan berkonstruksi teguh banyak dipersembahkan. Take a look!
AARON TAYLOR JOHNSON X GENTLEMAN: GIVENCHY
Aaron mewakili lelaki moden Givenchy yang kelihatan segak menyarung sut untuk majlis formal, menyalurkan gaya model yang ada dalam dirinya.