Skip to content

matthew williams

MATTHEW WILLIAMS; THE NEW CULT OBSESSION

Kongsikan artikel ini

Tahun lalu selepas Givenchy mengumumkan pengarah kreatif baru mereka, ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu. Matthew Williams muncul sebagai hero baru Givenchy menggantikan tempat Clare Waight Keller. Perletakannya sebagai Pengarah Kreatif Givenchy yang baru membawa angin lain buat jenama dibawah naungan LVMH ini. Selepas berjaya mempersembahkan dua koleksi, sudah nampak hala tuju Givenchy yang baru. Lebih street dengan campuran sportwear tetapi dibuat cukup mewah. Ini adalah informasi tentang Williams yang menarik!

matthew williams

Matthew Williams

Dibesarkan di Pismo Beach, California lalu tidak mustahillah illiams memiliki minat dalam aktiviti lasak seperti bermain skater. Minat fesyen membuah kerana menghabiskan masa di kelab malam dan sering bertukar karakter mengikut mood. Lalu dia mencuba nasib untuk mendaftar diri ke Parsons School of Design, namun aplikasinya ditolak. Usahanya untuk belajar tentang fesyen terus marak dan dia ambil keputusan untuk bekerja sebagai pereka kostum. Bermula sebagai pereka kostum buat Kanye West dan selepas itu menjawat jawatan sebagai Pengarah Kreatif kepada Lady Gaga. Dia bertanggungjawab dalam menjaga hala tuju seni kostum Lady Gaga.

matthew williams

Setelah lama hidup bergaji, pada 2015 Williams ambil keputusan untuk melancarkan koleksi sendiri yang diberinama 1017 Alyx 9SM. Ia adakah akronim yang didedikasikan olehnya  sendiri. 1017 adalah tarikh lahirnya yakni Oktober 17, Alyx pula adalah nama anak sulungnya manakala 9SM adalah lokasi studio pertamanya di 9 St Mark’s Place yang terletak di East Village, New York. Pada usia setahun jagung, jenama Alyx berjaya menjadi sebahagian penerima akhir buat  2016 LVMH Prize for Young Fashion Designers. Sejak daripada itu namanya terus menjadi bualan serta kegemaran individu penting fesyen seperti Kim Jones. Pengarah Kreatif Dior Men itu menjemput Alyx untuk mereka gancu buat aksesori Dior.

Kim Jones

Pada Jun 2020, Matthew Williams diberikan tugasan baru. Dia kini sebaris bersama mentor dan sahabat baiknya, Kim Jones. Watak Williams yang baru adalah untuk mengemudi jenama LVMH yang misteri dan kelam, Givenchy. Koleksi pertamanya sudah menggegarkan Paris dek kerana rekaan yang lebih bersih dan ditambah perincian dempak yang bersifat futurism.

“You find the pieces of the puzzle for a collection, building it from symbols and signs, but never forgetting the reality of the person who will wear it and bring it to life. The women and men should be powerful and effortless, equal and joyful, a reflection of who they really are – only more so. It’s about finding the humanity in luxury,” Matthew Williams tentang koleksi Givenchy musim bunga 2021.

Pautan berkenaan: KENALI SONNY HALL, MODEL BERJIWA PUITIS DAN BIJAK BERGAYA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WAJAH FESYEN MUSIM BUNGA 2021

Bacaan Lanjut
Parti Akhir Tahun Virtual

VIRTUAL PARTY JADI AGENDA AKHIR TAHUN

Bacaan Lanjut

STAIL DEKAD BARU

Bacaan Lanjut

AARON TAYLOR JOHNSON X GENTLEMAN: GIVENCHY

Bacaan Lanjut

AROMA YANG KERAS

Bacaan Lanjut