Skip to content

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

MENGAPA TOM CRUISE TIDAK LAGI DIBENARKAN MEMBELI BUGATTI?

Kongsikan artikel ini

Tom Cruise merupakan antara nama tersohor di Hollywood. Justeru siapa sangka dia dilarang membeli kenderaan daripada salah satu jenama paling mewah di dunia.

Bintang Mission Impossible itu dilaporkan memiliki banyak kereta mewah termasuk Chevrolet Chevelle SS, Ford Mustang Saleen S281 dan Buick Roadmaster. Walaupun Bugatti Veyron ada dalam koleksinya, dia tidak lagi dibenarkan membeli kereta jenama itu.

Jadi apa hebatnya Bugatti? Kereta sport mahal ini pernah dua kali memenangi perlumbaan 24 Hours of Le Mans. Bugatti Chiron Super Sport 300+, misalnya, adalah kereta pengeluaran terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 304mph. Model itu khususnya dijual pada harga £4.3 juta atau lebih RM20 juta.

Secara amnya kereta jenama ini boleh menelan kos antara RM15 juta hingga RM60 juta, menurut MotorTrend, dan pemilik Bugatti dikehendaki membayar RM100,000 untuk penyelenggaraan tahunan. Tayarnya juga mesti diganti untuk setiap 10,000 batu pemanduan.

Bagaimanapun keperluan teknikal ini bukanlah sebab mengapa Tom Cruise tidak dibenarkan membeli kereta baru jenama itu.

Alasan Sebenar Tom Cruise Digam Bugatti

Segalanya berpunca daripada satu insiden yang berlaku pada 2006. Ketika itu dia dan bekas isteri, Katie Holmes menghadiri tayangan perdana Mission Impossible 3 dengan menaiki Bugatti Veyron miliknya.

Sebaik tiba di karpet merah, dia bergelut untuk membuka pintu bahagian penumpang untuk isterinya. Buat Bugatti, ‘penghinaan’ ini terlalu berat untuk ditanggung kerana ia menjatuhkan imej syarikat. Bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang, Tom Cruise digam daripada membeli kereta jenama mewah itu sepanjang hayatnya.

tom cruise bugatti

Foto: Getty Images

Bagaimanapun aktor berusia 62 tahun ini tidak perlu berduka kerana dia bukan satu-satunya mangsa. Floyd Mayweather, Flo Rida, Simon Cowell dan juara Formula One World 2009, Jenson Button juga tidak dibenarkan membeli Bugatti atas sebab tersendiri.

 

Foto: Unilad

Pautan berkaitan: TOM CRUISE AKTOR PERTAMA JALANI PENGGAMBARAN FILEM DI ANGKASA LEPAS?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

5 SELEBRITI LELAKI YANG BERKAHWIN LEBIH TIGA KALI

Bacaan Lanjut
TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

TOM CRUISE PUTUS CINTA DEK GANGGUAN ORANG KETIGA

Bacaan Lanjut

5 KERETA TERMAHAL DI DUNIA PADA 2023

Bacaan Lanjut
ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

ATURAN CINTA TOM CRUISE & SHAKIRA

Bacaan Lanjut

TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023

Bacaan Lanjut