MESSI BAKAL DIPENJARAKAN?
Akibat gagal dalam rayuan, mahkamah Agung Sepanyol mengekalkan keputusan mahkamah Barcelona yang menjatuhkan hukuman sehingga 21 bulan penjara terhadap bintang bolasepak dunia, Lionel Messi dan bapanya kerana penipuan cukai.

Pemain antarabangsa Argentina itu dan bapanya, Jorge Horacio Messi, dituduh menipu cukai berjumlah €4.1 juta antara 2007 dan 2009 selepas gagal membayar €10.1 juta untuk hak cipta imej. Bagaimanapun hukuman terhadap bapanya telah dikurangkan kepada 15 bulan berikutan pemain itu telah membayar semula jumlah wang yang ditipu.


Namun di bawah undang-undang Sepanyol, melainkan jika terdapat kesalahan terdahulu, hukuman penjara kurang dari dua tahun seringkali tergantung mengikut budi bicara mahkamah, seperti yang dijangka berlaku dalam kes ini. Atas alasan itu, Messi dijangka tidak akan dipenjara dan boleh terus bermain bola sepak. Messi juga memberitahu bahawa beliau tidak banyak ambil tahu tentang urusan kewangan yang dibuat. Sewaktu prosiding, Messi menjelaskan, ‘Saya berdedikasi untuk bermain bola sepak,” Messi memberitahu mahkamah Barcelona.
Sumber: @malaysia1news
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?










