Skip to content

GLAM Lelaki April 2023

NABIL AQIL & ANIQ SUHAIR – HERO TV BAHARU MALAYSIA

Kongsikan artikel ini
3 of 4

Juadah berbuka puasa wajib setiap tahun?

Aniq: Setiap tahun juadah berbuka wajib sudah tentu masakan nenek saya.

Nabil: Samosa, roti john, murtabak, tepung pelita dan air buha-buahan yang segar. Kalau dapat kambing memang ngam!

 

Apakah senaman yang anda lakukan ketika berpuasa?

Aniq: Kala berpuasa, saya hanya melakukan pushup di rumah.

Nabil: Saya jarang bersenam ketika berpuasa, hanya banyak melakukan pushup. Ada hanya beberapa hari saya naik dan turun tangga sebelum berbuka puasa.

 

GLAM Lelaki

Aniq Suhair menggayakan baju panas tekstur dan seluar panel sisi, Nabil Aqil menggayakan kemeja-t cetak dan seluar denim, semuanya daripada Tommy Hilfiger.

 

Bagaimana ibadah puasa anda tahun ini?

Aniq: Alhamdulillah so far so good. Tahun ini saya memilih untuk kurangkan shooting kerana mahu fokus kepada ibadah puasa.

Nabil: Saya melancong selama 6 hari ke Jepun bersama keluarga. Tapi, tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelum. Saya tidak ada penggambaran. Saya dapat fokus kepada puasa dan ibadah tahun ini.

 

Bagaimana persiapan raya anda tahun ini?

Aniq: Persiapan saya nak keluar duit raya untuk bagi anak buah saya yang ada lebih 90 orang hahaha. Inshallah setiap tahun meriah, yang penting mercun kena double dari tahun lepas. Kalau tahun lepas 100 das bunga api, tahun ini saya nak bagi lagi mega!

Nabil: Sejujurnya saya selalu tidak meletakkan 100 peratus untuk beraya. Saya sangat santai, apa yang ada saya pakai. Relaks sahaja!

 

Apakah warna baju raya pilihan anda tahun ini?

Aniq: Kali ini saya memilih baju Melayu teluk belanga berwarna maroon.

Nabil: Apa yang saya tahu, mungkin tahun ini saya memakai baju Melayu warna merah jambu.

 

Nabil Aqil

Nabil Aqil menggayakan kemeja-t cetak dan seluar denim daripada Tommy Hilfiger.

 

Juadah raya kegemaran anda?

Aniq: Sudah pasti ketupat, gulai daging dan laksa.

Nabil: Semestinya rendang ayam dan rendang daging. Makan bersama ketupat, sedapnya.

 

Memori Aidilfitri yang paling diingati?

Aniq: Masa kecil dulu sebab semua berkumpul dan tidur ramai-ramai di rumah nenek. Sekarang semua dah besar, semua ada keluarga sendiri. Masing-masing beraya di kampung mertua. Dulu raya lagi meriah dari sekarang, ada kad raya, tonton filem raya beramai-ramai dan lain-lain. Sekarang semua sibuk dengan hal masing-masing.

Nabil: Saya tidak ingat banyak. Tapi saya ingat pernah ditembak dengan mercun. Ada Syafiq Kyle waktu itu. Kami bermain mercun tapi tidak kena pun.

 

3 of 4

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jazmy juma

JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”

Bacaan Lanjut
pelakon lelaki glam lelaki

5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026

Bacaan Lanjut
TOMMY HILFIGER RAIKAN 'A HILFIGER HOLIDAY' BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH

TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH

Bacaan Lanjut
THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

THE HYPEMAKERS, KENALI 5 JEJAKA WAJAH HADAPAN NOVEMBER 2025 INI

Bacaan Lanjut
JAY ISKANDAR INGIN CUBA WATAK LOVERBOY PULA SELEPAS INI

JAY ISKANDAR TERINGIN CUBA BERLAKON WATAK ‘LOVERBOY’

Bacaan Lanjut
IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN

IMPIANA: KARMA TAMPIL DENGAN KISAH GELAP DI SEBALIK JANJI KEJAYAAN

Bacaan Lanjut