NABIL AQIL & ANIQ SUHAIR – HERO TV BAHARU MALAYSIA
Apakah yang membuat anda paling excited untuk raya tahun ini?
Aniq: ‘Bulking’ hehehe. Saya excited untuk berjumpa dengan sanak saudara, dan bermaaf- maafan.
Nabil: Sama seperti setiap tahun, saya excited untuk beraya. Saya bersyukur dapat bersama keluarga dan makan bersama. Alhamdulillah.
Tip untuk kekal fit dan sihat?
Aniq: Tip saya mudah. Hanya kurangkan pengambilan gula, makan supplement asa seperti minyak ikan dan dan multi-vitamin. Dan paling utama keluarkan peluh.
Nabil: Bersenam selalu, kalau boleh empat kali seminggu. Baharu boleh melihat perubahan pada diri. Consistency lebih penting daripada intensity.

Aniq Suhair menggayakan kemeja jalur cetak dan bucket hat daripada Tommy Hilfiger.
Kongsikan ritual atau tip penjagaan kulit wajah dan grooming rambut?
Aniq: Untuk muka saya memakai aloe vera sahaja. Rambut pula saya menggunakan minyak rosemary serta tonik rambut.
Nabil: Sebelum tidur saya hanya memakai pelembap muka daripada CeraVe. Untuk rambut saya memakai produk daripada L’Oreal.
Apakah stail peribadi anda?
Aniq: ‘Classy old money fashion’. Item fesyen kegemaran saya pula adalah jam tangan. Fakta menarik tentang Aniq adalah saya jarang dress up apabila keluar. But I love fashion! For me, less is more. Kadang kala ramai tidak percaya kaau berjumpa Aniq di luar kerana saya sangat santai. Ada yang tidak percaya itu saya. Tetapi saya percaya I can pulloff everything, just try me!
Nabil: Personal style saya sangat relaks. Saya selalunya memakai baggy pants. Banyak berinspirasikan gaya Jepun. Rata-rata pakaian saya semuanya oversized, dan kadang kala saya bermain dengan warna. Ikon fesyen saya adalah Jacob Elordi. Saya ada juga follow gaya dia, that’s my style!

Aniq Suhair menggayakan jaket hoddie, kemeja jalur dan seluar, Nabil Aqil menggayakan baju jalur seluar oversized dan kasut, semuanya daripada Tommy Hilfiger.
Perkara atau tabiat pelik yang anda sering lakukan?
Aniq: Saya ada selimut busuk! Saya tidak boleh tidur kalua tiada selimut itu. Agak pelik buat lelaki umur seperti Aniq yang masih mempunyai selimut busuk lagi hahaha.
Nabil: Tabiat pelik saya adalah saya suka membuat tawaf. Saya suka membuat pusingan. Apabila saya masuk lif pun saya akan berpusing-pusing. Saya tidak tahu kenapa, mungkin saya tidak boleh duduk diam. Ketika saya sedang berfikir atau menjawab panggilan telefon, saya akan membuat pusingan dalam satu rumah.
Apakah satu perkara yang anda mahu capai tahun ini?
Aniq: Tahun ini saya mahu mencapai wang berjumlah RM3 juta.
Nabil: Salah satu yang saya mahu capai tahun ini adalah memegang watak jahat. Memang impian saya untuk melakokan watak antagonis, saya sudah lama simpan dan sangat tidak sabar untuk capai tahun ini.
Koleksi Tommy Hilfiger yang digayakan Aniq Suhair dan Nabil Aqil boleh didapati di stor Tommy Hilfiger di seluruh Malaysia. Koleksi terbaharu ini juga boleh dibeli secara atas talian di sini.
Baca lebih lanjut: “SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI
Sejak awal pembabitan Kamal Adli lebih sedekad lalu, dia antara pelakon yang telah mencipta pelbagai momen dalam industri hiburan Malaysia.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR NAFIS
GLAM Lelaki bawakan pelakon hebat dalam dunia perfileman, Amir Nafis sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF
GLAM Lelaki bawakan pelakon versatil Amir Ahnaf sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
7 PERKARA MENARIK TENTANG PELAKON YUSUF BAHRIN
Ketahui 7 perkara menarik tentang Yusuf Bahrin yang mungkin anda belum tahu! Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana.
NARATIF GAYA IDRIS KHAN BERSAMA MONTBLANC
Montblanc memperkenalkan koleksi baharu diinspirasikan dari kaki Gunung Mont Blanc dengan siluet lebih ringan dan rona bumi yang menenangkan.
5 PASANGAN ADIK-BERADIK SELEBRITI ANDA MESTI KENALI SEPERTI SYED SADDIQ DAN SYED ABDULLAH
Ada pasangan adik-beradik selebriti yang mungkin mengejutkan anda. Bakat dan rupa yang setanding menjadikan mereka digelar 'Power Siblings'.











