Skip to content

NABIL MAHIR PILIH ‘SEDONDON’ DENGAN ANAK KEDUA, AALI MATEEN

NABIL MAHIR PILIH ‘SEDONDON’ DENGAN ANAK KEDUA, AALI MATEEN

Kongsikan artikel ini

Genap tiga minggu, Nabil Mahir dan Ayda Jebat akhirnya memperkenalkan anak kedua mereka, Aali Mateen kepada peminat.

Menerusi satu perkongsian bersama di Instagram, Nabil dan Ayda memuat naik beberapa gambar keluarga kecil mereka dalam warna hitam putih. Dua daripadanya adalah foto comel Aali yang sedang lena beradu.

Tertulis di ruangan kapsyen, “Us. Jadi Aali Mateen muka Dadaa or Mummy?”. Ini merupakan kali pertama wajah cahaya mata kedua mereka didedahkan kepada umum.

Aali Mateen

Foto: KopiPlanet

Putera sulung pasangan itu dilahirkan pada 12 Disember 2023 secara pembedahan di sebuah pusat perubatan. Akui Ayda dan Nabil, mereka mengambil masa lama untuk memilih nama yang tepat.

“Nama saya Aali Mateen Ahmad Nabil. Lama juga memikirkan nama our little prince. Semoga menjadi anak yang soleh sayang. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulis mereka di Instagram.

Nabil Mahir Ayda Jebat Rai Ulang Tahun Ketiga

Dalam masa sama, sambutan ulang tahun perkahwinan ketiga pasangan itu pada 1 Januari lalu mencuri perhatian. Menerusi satu perkongsian, Ayda berjenaka bahawa dia sedang menikmati makan tengah hari bersama penyanyi Pitbull, merujuk kepada suaminya.

Menurutnya yang masih sedang berpantang, tindakan Nabil membotakkan kepala adalah kerana mahu kelihatan sama seperti Aali.

ayda jebat nabil mahir

Foto: Instagram

“Kenapa Nabil botak? Dia nak sama dengan sayang dia @aalimateenofficial. Rasa macam nak upload gambar Aali Mateen la! Daddy dengan anak dia botak!” tulisnya.

Tambah pelakon dan penyanyi itu, ulang tahun perkahwinan mereka yang disambut serentak dengan kedatangan tahun baru diraikan secara sederhana sahaja.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Puteri sulung mereka, Ana Nayla, 2 dilahirkan pada 21 September tahun sama.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: FOTO PUTERI KEDUA TENGKU SHARIFFUDDIN SHAH & JULIANA EVANS MENCURI PERHATIAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

Bacaan Lanjut
KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA

Bacaan Lanjut