NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: MEERQEEN
THEY ARE HERE TO RULE TO THE NEW ERA. GLAM LELAKI TAMPILKAN TIGA LELAKI DARI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA, BERAMBISI YANG TERSENDIRI, NAMUN SAMA-SAMA BERPONTESI TINGGI MERANGKA KERJAYA YANG CEMERLANG DALAM BIDANG YANG DICEBURI. WAJAH-WAJAH BAHARU NAN SEGAR, MEERQEEN, ZHENG NINGG DAN YUSUF BAHRIN KAMI PERKENALKAN.
Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: JOHAN KASSIM, Pembantu Penyelaras: AIZAT AIDID & KHAIRUL ABIDIN, Teks: RYAN MOHAMAD Grooming: SAHIR SABRI, Rambut: VV CHAN, Gambar: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Pengarah Video: NISA HALID, Videografer: SYAFIQ SAZALY
MEERQEEN, PELAKON

THREE PIECE SUIT & LOAFER: GUCCI MUSIM BUNGA 2021

MEERQEEN, YUSUF BAHRIN & ZHENG NIGG DALAM PRADA MUSIM BUNGA 2021
Mempunyai raut seakan bintang antarabangsa asal Malaysia, Henry Golding. Anak saudara kepada penyanyi bervokal lantang Safura Yacoob hadir bersama sepupu merangkap pembantunya pada hari itu. Jelasnya “Setiap pelakon pasti tanam impian untuk menjadi pengarah suatu hari kelak begitu juga Meerqeen, saya berharap saya dapat mencapai impian itu suatu hari nanti”.
Meerqeen tiba lewat petang itu kerana jadual bertimpa dengan penggambaran drama, kebetulan pula hari hujan yang sangat deras menambahkan lagi waktu tempuh ke studio. Meerqeen baru saja bermula secara rasmi sebagai pelakon sejak Julai 2020 setelah tamat program pencarian bakat-bakat baharu, Hero Remaja.
“Saya baru mempunyai dua karya lakonan iaitu teledrama “Angkara Cinta” dan”Kelaster”. Minat dalam berlakon bukan hadir sejak kecil pun. Saya hanya mencuba. Saya bermula dengan berlakon iklan McDonald’s pada 2016. Sejak Hero Remaja bermula ‘passion’ dan jatuh cinta dengan bidang lakonan. Jika saya tidak berada di sini sekarang saya memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan atau penjual insurans kerana saya belajar dalam jurusan insurans,” jawabnya ringkas.
Kelebihan Meerqeen dalam dunia seni dibantu oleh latar belakang keluarga seni. Meerqeen mengambil input daripada ahli keluarga, apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan. “Mungkin disebabkan minat dalam industri ini membuat saya lebih cenderung dan tidak putus asa mencari kelebihan yang ada dalam diri untuk ditonjolkan. Ingin menjadi anak seni yang disegani bakat haruslah ada. Bakat yang membuatkan seseorang anak seni itu ke depan. Jika anda ada bakat, tonjolkan saja.”

KEMEJA PUTIH & BAJU PANAS BERCORAK: BURBERRY MUSIM BUNGA 2021
Meerqeen tidak asing dengan dunia set penggambaran, sejak usia muda dia pernah mengikuti ibu saudaranya ke set dan menyaksikan sendiri perbezaan dan mengakui terdapat kelainan terutama teknologi yang digunakan. Itulah yang membuatkannya teruja.
Sambung Meerqeen lagi, “Penggunaan teknologi dalam set (penggambaran) berbeza dengan dahulu. Meerqeen sering mengikuti aunty ke set semasa kecil. Tidak disangkal juga idea orang orang baharu juga segar. Kita dapat lihat hasil karya generasi sekarang, dahulu dan gabungan dua generasi ini jika digandingkan.”
Meerqeen teringin kembali dan melihat sendiri bagaimana filem-filem P.Ramlee pernah dihasilkan, jika wujudnya mesin masa, dia teringin kembali ke era tersebut, “Saya cinta akan zaman Tan Sri P.Ramlee. Datuk saya pun pernah berlakon bersama arwah P.Ramlee. Mereka merupakan kawan baik. Saya mahu hidup di zaman itu dan melihat bagaimana cara mereka bekerja dan menyaksikan sendiri bagaimana nama seorang P.Ramlee boleh meningkat naik.”
Namun dalam keterujaannya menikmati ‘zaman kegemilangannya’ sekelumit dia tidak mahu mengubah apa-apa dalam hidupnya jika diberi peluang. “Saya bekerja keras untuk mendapatkan apa yang saya ada sekarang. Saya rasa tiada apa yang perlu saya ubah kerana saya ada keluarga dan kerjaya, dua perkara ini membuatkan saya rasa gembira dengan kehidupan saya sekarang.”

CO-ORD PYJAMAS & RANTAI: VERSACE CLASH 2021 COLLECTION

KEMEJA: VERSACE CLASH 2021 COLLECTION, SELUAR LABUH: BOTTEGA VENETA MUSIM BUNGA 2021
Ada satu perkara yang buat Meerqeen takut, “Saya bimbang tak boleh kekal di dalam industri kerana saya lihat ramai artis bekerja keras untuk bertahan dalam industri ini. Harus diperakui ramai juga kecundang mengekalkan nama dalam industri ini. Ramai juga nama-nama baharu yang harus bersaing kuat.”
Walaupun Meerqeen meraih populariti sekelip mata daripada program Hero Remaja, Meerqeen tidak tidak bersetuju dengan ada sesetengah penerbit memilih pelakon berdasarkan populariti berbanding bakat. Jawab Meerqeen, “Pada saya mereka tidak jujur dengan diri sendiri, kerana memilih pengikut yang ramai untuk menarik penonton. Berbanding dengan betapa besar bakat yang seseorang pelakon itu perolehi.”
Artikel berkaitan: NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: YUSUF BAHRIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.
GLAM LELAKI BERKONGSI TIPS MEMILIH SELUAR DALAM YANG BAIK UNTUK KAUM LELAKI
Memilih seluar dalam yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga berkait rapat dengan keselesaan, kesihatan, dan keyakinan diri lelaki.
SALEH HASNI, “GAYA PERIBADI SAYA BERGANTUNG PADA MOOD DAN MASA SAYA PADA HARI ITU.”
Saleh Hasni merupakan peminat fesyen tegar. Dia sering berkongsi outfit peribadi di media sosial, langsung memberi inspirasi buat semua.
LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA
Selamat hari bapa! Berikut adalah lima selebriti ‘daddy’ Malaysia paling ‘hot’ yang sering menjadi bualan ramai.
MALHAMKA, PEMUZIK ERA BAHARU YANG MULA MENCIPTA NAMA
Malhamka cukup popular dengan lagu viral ‘Terang Malam’. Kenali penyanyi muda ini melalui impian dan cita rasa fesyennya.
SEMPENA HARI JADI KE-24 MEERQEEN HARI INI, KETAHUI 10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG MEERQEEN
Meerqeen turns 24 today! Bukan sekadar tampan — dia adalah simbol kemunculan bakat muda Malaysia yang mampu bersinar di pentas antarabangsa.