NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: ZHEN NINGG
THEY ARE HERE TO RULE TO THE NEW ERA. GLAM LELAKI TAMPILKAN TIGA LELAKI DARI LATAR BELAKANG YANG BERBEZA, BERAMBISI YANG TERSENDIRI, NAMUN SAMA-SAMA BERPONTESI TINGGI MERANGKA KERJAYA YANG CEMERLANG DALAM BIDANG YANG DICEBURI. WAJAH-WAJAH BAHARU NAN SEGAR, MEERQEEN, ZHEN NINGG DAN YUSUF BAHRIN KAMI PERKENALKAN.
Pengarang Fesyen & Arahan Kreatif: JOHAN KASSIM, Pembantu Penyelaras: AIZAT AIDID & KHAIRUL ABIDIN, Teks: RYAN MOHAMAD Grooming: SAHIR SABRI, Rambut: VV CHAN, Gambar: EDMUND LEE (ONE3FOUR STUDIO), Pengarah Video: NISA HALID, Videografer: SYAFIQ SAZALY
ZHEN NINGG, MODEL & ‘INFLUENCER’

SEMUANYA ILHAM VERSAVE FLASH 2021 COLLECTION
Diapit pembantu bernama Chia duduk tekun mendengar soalan-soalan yang ingin saya tanyakan. Zhen Ning mengumpul 31.3 ribu pengikut di Instagram. Dia yang mempunyai lesung pipit di kedua belah pipi adalah pengaruh media sosial yang sedang diperhatikan jenama- jenama fesyen hari ini. Anak bongsu yang mempunyai tiga kakak di atasnya baru berumur 20 tahun (ketika diwawancara).
Zhen Ning teruja sepanjang sesi penggambaran. Tidak kisah menunggu lama tapi apa saja yang dipakainya ‘terletak’ dibadannya. Mengapa dia teruja melihat media sosial terutamanya Instagram? “Salah satu perkara yang mengujakan ialah apabila dapat melihat ramai orang mempamerkan pencapaian mereka di media sosial kerana medium ini merupakan sebahagian daripada kehidupan kita sekarang.
Ia boleh menjadi sebagai kerjaya, boleh juga memberi kerja dan pendedahan. Serta memberi pengaruh kepada generasi muda dan menjadi medium berkomunikasi dengan mudah. Jika tiada media sosial kemungkinan generasi sekarang tidak terdedah dengan dunia luar. Platform ini boleh memberi input yang baik dan tidak, kebanyakannya baik bergantung kepada bagaimana ada menggunakannya,” luahnya tenang.

ZHENG, YUSUF & MERQEEN DALAM PRADA MUSIM BUNGA 2021. SEPATU YUSUF, GUCCI MUSIM BUNGA 2021
Media sosial juga ruang untuk berkongsi hasil kreatif. Konten-konten menarik selalunya akan diulang cipta tidak dinafikan Zhen Ning juga berbuat demikian untuk sajian pengikutnya. “Di aplikasi TikTok saya hanya meniru dan berimprovisasi apa yang orang buat, tapi ada juga beberapa konten yang saya cipta sendiri. Ia lebih kepada berkongsi kegembiraan bersama keluarga, rakan-rakan. Jika di Instagram konten saya lebih kepada fesyen dan mempamerkan pakaian berjenama.”
Namun setiap yang dikongsikan tentu ada saja suara sumbang. Walaupun sentiasa kongsikan perkara yang positif dan menarik tentang kehidupannya Zhen Ning katakan ada beberapa risiko menjadi pengaruh media sosial iaitu “Orang di luar akan mengadili dan melemparkan komentar tentang saya. Saya pula harus bersedia secara mental dan menerima kritikan serta jangan mengambil kata-kata negatif. Sentiasa bersikap positif pada setiap masa.”

KARDIGAN, SELUAR PARAS LUTUT, & SNIKER GUCCI MUSIM BUNGA 2021
Terdapat peningkatan kemurungan yang membuktikan bahawa hubungan yang dibuat pengguna media sosial menjadikan mereka merasa terasing secara sosial. Isu serious ini harus diketengahkan pengaruh media sosial agar hal ini tidak dipandang enteng ini saranan Zhen Ning.
“Berhadapan dengan tekanan lagi-lagi dengan situasi dunia sekarang, warga muda harus mengambil masa sendiri dan berfikir apa yang mereka ingin buat di masa depan. Kerana kebanyakan daripada kita telah dikawal oleh orang tua kita untuk menjadi apa yang mereka inginkan tetapi bukan apa yang kita ingin jadi. Media sosial mempamerkan persaingan dan akan timbul keraguan akan kemampuan diri. Semuanya mahu mempamerkan pencapaian dan menunjuk-nunjuk tetapi tidak fokus di bahagian emosional,” jelasnya serius.
Artikel berkaitan: NEW GEN 2021: THE NEW SYSTEM: MEERQEEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN NYK
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN LUCIDRARI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN MAL HAMKA
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN AZIZ HARUN
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.
FACES OF 2025: MUSIC EDITION MENAMPILKAN ZAKI YAMANI
Istimewa untuk GLAM Lelaki Mac 2025 edisi cetak, kami tampilkan tujuh pemuzik berbakat besar dalam lembaran ‘Faces of 2025: Music Edition’.