PATUNG LILIN PUTERA WILLIAM & KATE MIDDLETON DIANGGAP MENGERIKAN
Sebuah muzium lilin di Poland dikecam di media sosial kerana memaparkan patung Putera William dan Puteri Kate Middleton yang dikategorikan sebagai gagal.
Walaupun patung Putera dan Puteri Wales itu telah lama wujud, ia menjadi tular baru-baru ini selepas dikongsi oleh pempengaruh bernama Becka Blackburn di TikTok, yang sehingga kini telah meraih lebih 14 juta tontonan. “Ayuh ikut saya ke muzium lilin terburuk di Poland. (Cuba untuk tidak ketawa),” tulisnya.
Untuk makluman, Krakow Wax Museum — yang kini memperoleh hanya satu daripada lima bintang di TripAdvisor — menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana menampilkan patung tokoh tersohor yang langsung tidak menyerupai wajah asal mereka.

Foto: Zinc 96.1 FM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 RAHSIA PENJAGAAN DIRI KERABAT DIRAJA BRITAIN
Tidak dinafikan kerabat Diraja Britain mempunyai akses kepada sumber penjagaan dan kesihatan terbaik di dunia.
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.
PUTERA EDWARD DIKURNIA GELARAN YANG PERNAH MENJADI MILIK PUTERA PHILIP
Adik bongsu Raja Charles III, Putera Edward diberi gelaran baharu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-59.
RAJA CHARLES RAMPAS PEMBERIAN RATU ELIZABETH II KEPADA PASANGAN SUSSEX
Keterlanjuran Putera Harry mendedahkan sisi gelap keluarganya kepada umum dalam memoir Spare ternyata membawa padah.
ED SHEERAN & ADELE TOLAK JEMPUTAN KONSERT PADA HARI PERTABALAN RAJA CHARLES III
Raja Charles III telah pun memilih penghibur kegemarannya untuk membuat persembahan di konsert pertabalan, namun kini terpaksa berdepan kekecewaan.
PUTERI DIANA DEDAH KEPERITAN PERCERAIAN DALAM SURAT TULISAN TANGAN
Koleksi surat dan kad peribadi yang dikirim Puteri Diana kepada dua rakan baiknya berjaya dijual dalam satu acara lelong baru-baru ini.