PELAKON WANITA PERNAH BERGANDINGAN DENGAN QUE HAIDAR
Que Haidar tidak pernah asing sebagai seorang pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai jenis watak, bersama gandingan wanita.
Daripada karakter romantik sehinggalah ke sisi gelap yang penuh emosi, sepanjang perjalanan karier Que Haidar, dia telah bergandingan dengan ramai pelakon wanita berbakat. Masing-masing meninggalkan impak tersendiri dalam setiap naskhah yang dihasilkan.
Daripada kisah cinta yang tragis, konflik kekeluargaan, hinggalah kepada drama yang menyentuh jiwa, setiap gandingan ini bukan sahaja memperlihatkan keserasian di layar, malah turut mengukuhkan lagi kedudukan Que Haidar sebagai antara pelakon lelaki yang konsisten dalam industri. Berikut merupakan barisan pelakon wanita yang pernah berkongsi layar bersama Que Haidar dalam karya-karya yang terus diingati penonton.
#1 Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan
Salah satu watak Que Haidar yang paling memberi kesan, semestinya Azmi dari filem Lagenda Budak Setan. Watak wanita, Ayu yang dilakonkan oleh Lisa Surihani dipaksa untuk berkahwin bersama Azmi, lakonan Que Haidar. Azmi merupakan seorang suami yang panas baran, pemabuk, kaki perempuan dan sering memukul Ayu.
#2 Liyana Jasmay – Papadom
Dalam filem lagenda yang dilakonkan oleh Liyana Jasmay dan Aflin Shauki, Que Haidar turut memegang watak yang kecil namun penting. Filem Papadom yang mengisahkan Mia, lakonan Liyana Jasmay yang membesar dengan bapa yang overprotective. Que Haidar memegang watak Mat, rakan sekelas Liyana Jasmay yang pemalu. Hasil lakonannya, Que tercalon dalam kategori pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22.
#3 Ummi Nazeera – Pak Su Ammara
Salah satu karya terkini Que Haidar, Pak Su Ammara bersama Ummi Nazeera sebagai watak wanita. Demi menuntut cerai, Miza (Ummi Nazeera), Pak Su (Que Haidar) membantu Miza memperjuangkan haknya. Tanpa sedar, Miza menjadi penyembuh kepada trauma lama yang menghantui Pak Su. Drama ini merupakan drama pertama Que Haidar setelah 17 tahun, iaitu drama Cinta Untuk Ain pada tahun 2009.
#4 Sharifah Amani – Selamat Pagi Cinta
Terbahagi kepada dua cerita, Que Haidar memegang watak Azam, yang jatuh cinta kepada gadis bernama Suci, lakonan Sharifah Amani. Konflik berlaku apabila Azam terpaksa mungkir janji terhadap Suci atas sebab menjaga atuknya. Gandingan Sharifah Amani dan Que Haidar membuatkan filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 0.836 juta.
Pautan berkaitan: MOMEN MANIS SYED SADDIQ & BELLA ASTILLAH DI MEDIA SOSIAL
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TONTON SEMULA 5 FILEM LAKONAN QUE HAIDAR INI!
Pelakon, penerbit, bapa dan kini content creator, Que Haidar kembali tular di media sosial dengan kehadirannya sekarang.
“QALIF SATU-SATUNYA ANAK LELAKI DAN HARAPAN SAYA” – QUE HAIDAR
Keakraban anak beranak Que dan anak lelaki tunggalnya, Qalif membuktikan bahawa bapa dan anak tiri bisa menjalinkan perhubungan keluarga yang erat.







