PELUANG KEDUA BUAT JASON MOMOA & LISA BONET
Jason dan Lisa dilaporkan kembali tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu dan kini sedang memulihkan perkahwinan mereka.
“Mereka memutuskan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan bukannya berputus asa terhadap satu sama lain. Ramai meletakkan harapan agar perkahwinan mereka akan terus berkekalan selepas ini,” menurut sumber.
Walaupun Jason dan Lisa bergelar suami isteri pada Oktober 2017, mereka telah menjalin hubungan sejak 17 tahun lalu selepas diperkenalkan menerusi seorang kenalan di kelab jazz.
Kisah percintaan mereka juga bukanlah tipikal. Pada 2017 ketika menjadi tetamu rancangan The Late Late Show, Jason mendedahkan dia jatuh hati terhadap Lisa ketika berusia lapan tahun selepas menonton kelibat bintang berusia 54 tahun itu dalam sitkom popular 80-an, The Cosby Show.
“Lisa adalah satu-satunya wanita yang Jason pernah dan akan terus cintai,” jelas rakan bintang Aquaman itu.

Foto: Pinterest
Pautan berkaitan:
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.











