PEMINAT TERUJA NELLY & ASHANTI KEMBALI BERCINTA SELEPAS DUA DEKAD
Selepas 20 tahun membawa haluan masing-masing, tular spekulasi yang mengatakan penyanyi Nelly dan Ashanti kembali bergelar pasangan kekasih.
Pasangan hip-hop popular tahun 2000-an itu dirakam berpegangan tangan sewaktu menonton perlawanan tinju di Las Vegas pada malam Sabtu lalu. Nelly, 48 dan Ashanti, 42 duduk bersebelahan satu sama lain ketika menyaksikan Gervonta ‘Tank’ Davis menewaskan Ryan Garcia di T-Mobile Arena. Tamat perlawanan, kedua-duanya menggenggam tangan satu sama lain lalu beredar.
Hari berikutnya, Nelly dan Ashanti membuat persembahan bersama di hadapan orang ramai di Tao Beach Club. DJ Power 106, Justin Credible berkongsi satu rakaman yang menyaksikan pasangan itu mendendangkan lagu hit mereka pada tahun 2008, Body On Me. Dalam video tersebut Ashanti dilihat beraksi mesra dan menggesel badannya pada tubuh pemilik nama Cornell Iral Haynes Jr itu.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?
Gigi Hadid hadir ke acara itu dalam persalinan kuning Miu Miu yang diinspirasikan daripada sut Wolverine, watak lakonan Hugh Jackman.
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD
Selepas hampir dua tahun menimang cahaya mata sulung, pasangan ini dikurniakan seorang lagi putera pada Mei lalu.
SHAWN MENDES & CAMILA CABELLO KEMBALI MENJALIN CINTA?
Bekas pasangan kekasih ini dilihat menghadiri perlawanan akhir Copa America antara Argentina dan Colombia pada 14 Julai lalu di Miami, Florida.
“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA
Selepas tiga bulan menimang cahaya matanya sulung, Robert Pattinson akhirnya meluahkan perasaan dan keterujaannya bersama peminat.
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI
Siapa sangka penyatuan Redza Rosli dan Bella Hanna di lokasi penggambaran Luruhnya Bunga Cinta berakhir di jenjang pelamin.
KEVIN COSTNER DAN JEWEL KINI HANGAT DILAMUN CINTA?
Baru empat bulan sah bercerai dengan Christine Baumgartner, Kevin Costner dikhabarkan sudah pun menemui cinta baru.