PENAMPILAN TERBAHARU BRENDAN FRASER MENGEJUTKAN PEMINAT!
Kelibat pelakon The Mummy, Brendan Fraser hampir tidak dikenali apabila dia muncul di karpet biru tayangan perdana No Sudden Move beberapa hari lalu.
Brendan yang memegang watak sebagai Rick O’Connell dalam siri filem The Mummy pada 1999 muncul bersama pelakon gandingannya, David Harbour dan Jon Hamm untuk sesi tayangan yang berlangsung di Festival Filem Tribeca, New York.
Ini merupakan kali pertama pelakon itu menunjukkan transformasi tubuhnya secara terbuka kepada umum. Dia tampil segak dalam sut rona hitam dan kemeja rona biru lembut yang dipadankan bersama tali leher biru gelap.
Dalam filem No Sudden Move yang berlatarbelakangkan Detroit tahun 1954, dia memegang peranan sebagai Jones, salah seorang ahli kumpulan penjenayah kecil yang diupah untuk mencuri sebuah dokumen. Namun apabila tersilap langkah, mereka perlu bekerjasama untuk mengetahui siapakah dalang di sebalik idea ini dan apakah tujuan sebenarnya.

Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.











