PENAMPILAN TERBAHARU BRENDAN FRASER MENGEJUTKAN PEMINAT!
Menurut Express UK, transformasi drastik Brendan ini adalah untuk peranannya dalam filem terbaharu, The Whale. Dalam filem arahan Darren Aronofsky ini, dia memegang watak sebagai Charlie, seorang penyendiri yang cuba untuk berhubung kembali dengan anak perempuannya selepas mengaku dirinya homoseksual dan mengasingkan diri.
Charlie meninggalkan keluarga untuk bersama kekasihnya yang kemudian meninggal dunia, menyebabkan dia kemurungan dan mula mengambil makanan secara berlebihan bagi menghilangkan kesedihan.
Filem ini merupakan adaptasi teater karya pemenang anugerah, Samuel D. Hunter pada 2012 dengan judul yang sama. Peranan ini merupakan projek terbesar Brendan selepas dia memperlahankan langkah dalam dunia hiburan sejak sedekad lalu.
Selain francais The Mummy, dia juga pernah membintang pelbagai filem hebat lain antaranya George of the Jungle (1997), Journey To The Center Of The Earth (2008), Inkheart (2008) dan Line Of Descent (2019).

Filem The Mummy. Foto: Moviestore/Shutterstock
Foto:
Pautan berkaitan: TRANSFORMASI MENGEJUTKAN MARK WAHLBERG DEMI FILEM TERBAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.











